Tuesday, May 24, 2011

Pizza Tuna

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. hari ni cuaca nmpk cerah.. panas pulak tu.. jemuran pun selalu cepat kering.. kdg2 tak tahan jugak kan cuaca mcm ni.. asyik dahaga je..utk mengelakkan dari kekurangan air minum la air masak sebanyak yg mungkin ye.. panduan utk kita semua..
Hari ni saya nak berkongsi resepi.. Pizza Tuna.. utk membuat toping ikutlah citarasa masing2 yer.. 


Bahan untuk base-
Sponge:
1 kg tepung roti
12 gm yeast
600 gm air

Satukan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Tutup dgn kain lembap dan perapkan selama 3 atau 4 jam.

Dough:
1 kg tepung gandum
540 gm air
40 gm garam
100 gm gula
40 gm milk powder
20 gm yeast
32 gm bread improver
140 gm minyak jagung

Satukan semua bahan dan uli sambil masukkan sponge yang diperap selam 3 jam tadi.
Uli kesemua hingga menjadi doh. Masukkan minyak jagung sikit demi sedikit sambil uli hingga doh menjadi licin dan lembut.
Bahagi doh dan bulat2kan. Untuk Loyang 10" saya bahagi kepada 320 gm. Buat sampai habis.
Setelah susun diatas loyang sehingga doh naik, masukkan kedalam petisejuk dlm 10 minit supaya senang digelek diatas dulang pizza.
Setelah digelek dgn rata diatas dulang pizza, dicucuk2 dgn garfu supaya angin keluar. Biar dlm 5 min baru dibakar dlm oven suhu 200C dlm 15 minit.
Buatlah topingnya. ikut citarasa masing2.

Untuk buat toping
Sos pizza
Tuna*
Mayonis* satukan
Cili capsicum hijau dan merah dihiris
Sosej dihiris
Nenas dlm tin dipotong
Serbuk pizza
Mozerella cheese

8 comments:

  1. Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  2. WaH! ada pizza kat sini...tak yah susah2 p pizza hut...nak makan buat je sendirikan...jimat belanja...:)

    ReplyDelete
  3. assalam..kak..slm kenal dari sy..sy folo jom ikut sy juga...sedap2 tgok masakan akak.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Kak, salam kunjung balas dr saya...tq sudi singgah my blog n follow me...best juga blog akak, mcmx2 menu ada kat sini...saya follow juga yer..:)

    ReplyDelete
  5. Bobhandburry.. terimakasih kerana singgah.. insyaallah akak singgah disana nnti

    ReplyDelete
  6. Cik cek.. saya buat sendiri.. ada juga buat frozen kerana kalau nak makan senang terus bakar jer

    ReplyDelete
  7. Sharifah nadzarah.. terimakasih singgah.. nnti akak follow ye

    ReplyDelete
  8. Nieza.. terimakasih singgah di blog akak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...