Wednesday, February 29, 2012

Asam Pedas Ikan Bernenas


Assalamualaikum..

Hari ini untuk makan malam saya menyediakan lauk kegemaran sekeluarga.. Asam Pedas Ikan Bernenas.. menu yang selalu juga saya sediakan untuk lauk harian.. Jom lihat resepi dibawah..

Asam Pedas Bernenas
By : Zalinah@Rempah Ratus

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung - ikut suka
1/2 biji nenas dipotong
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 in kunyit* 
1 in belacan* (Semua bahan* dikisar)
3/4 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
3 cawan air
Daun kesum
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dikisar hingga garing dan wangi.
Masukkan air, nenas, air asam jawa, garam dan gula.
Masak hingga mendidih.
Masukkan ikan dan daun kesum dan kacau rata.
Sedia dihidang.

Ikan Goreng Bersos Daun Selasih


Ikan Goreng Bersos Daun Selasih.. memang sedap.. jarang juga kita menggunakan daun selasih untuk kebanyakan masakan.. selain dibuat ulaman.. ianya memberikan aroma masakan dan rasa yang enak..

Ikan Goreng Bersos Daun Selasih
By : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 ekor ikan yang besar - ikut suka
1 biji bawang merah dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan jus lemon
4 biji cili api dihiris halus
2 sudu air jika terlalu pekat
Sedikit garam dan gula
2 helai daun limau dihiris halus
Daun selasih

Cara-cara:
Ikan dilumur bersama kunyit dan garam. Goreng sehingga garing.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan semua sos, daun limau purut, cili api, garam, gula dan jus lemon dan sedikit air. Kacau rata.
Masukkan daun selasih dan terus tuang keatas ikan yang telah digoreng.
Sedia dihidang.

Bubur Cha-cha & Keledek


Bubur Cha-Cha & keledek.. makan diwaktu petang sebagai manisan.. senang dan mudah sahaja penyediaannya..

Bahan-bahan:
200 gm biji cha-cha
400 gm keledek dibuang kulit dan potong dadu
4 cawan santan
Gula secukupnya - ikut suka manis
Sedikit garam
2 helai daun pandan

Masak biji cha-cha bersama air sehingga sedikit kembang. Toskan dan biarkan.
Masak santan bersama gula, garam dan daun pandan.
Masukkan keledek dan cha-cha hingga empuk. Tutup api.
Sedia dihidang.

Tuesday, February 28, 2012

Kuey Teow Goreng Telur


Assalamualaikum semua..

Agak lama juga saya tidak masukkan resepi masakan diblog Rempah Ratus ni.. ada masalah yang tidak dapat dielakkan kerana terlalu sibuk.. hari ini dapat juga nak masukkan masakan yang simple ini disini.. sedap dimakan ketika panas yang baru keluar dari kuali.. Jom layan ...

Kuey Teow Goreng Telur
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 bungkus kuey Teow
1 biji bawang besar dicincang
4 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos mee
1 susu besar kicap manis
1 sudu makan lada hitam ditumbuk
3 biji telur dikacau
1 biji limau nipis diperah
Sedikit garam & gula
Taugeh
Kucai
Sedikit bawang goreng utk tabur
4 batang cili api dihiris*
Kicap manis* (Campurkan untuk dimakan bersama Kuey Teow Goreng)

Cara-cara:
Kuey Teow dileraikan dan ketepikan.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan telur dan kacau hingga masak.
Masukkan semua sos dan kicap diikuti kuey teow. Gaul rata.
Masukkan taugeh, kucai, garam dan sedikit gula.
Perahkan limau nipis kedalam kuey teow dan gaul.
Tabur  bawang goreng dan sedia dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...