Showing posts with label Roti dan Pizza. Show all posts
Showing posts with label Roti dan Pizza. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Sandwich Daging Burger



SANDWICH DAGING BURGER
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan : (4 orang)
Roti Sandwich - secukupnya
6 keping daging burger
Sedikit butter
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar mayonis
4 keping cheese
Daun Salad - dipotong
Tomato - dihiris
Timun - dihiris

Cara-cara :
Panaskan pan dan masukkan 1/2 sudu kecil butter. Masukkan daging burger dan panaskan hingga masak. 
Hancurkan daging burger di dalam pan. Angkat dan masukkan kedalam bekas.
Tuang sos lada hitam, sos cili dan mayonis kedalam daging burger. kacau rata.
Ambil roti sandwich dan susun salad dan masukkan adunan daging burger. letakkan sekeping cheese.
Sedia dihidang.


Monday, July 30, 2012

Capati & Sambal Mackerel


Assalamualaikum..

Capati & Sambal Mackerel.. iftar tadi.. bertukar selera nak makan capati.. selalunya orang makan bersama kari atau kuah dhal tapi sambal mackerel menjadi pilihan saya.. memang sedap.. boleh cuba resepi disini..

Capati
Bahan-bahan:
500 gm tepung attar
2 sudu besar butter
Sedikit garam
290 - 300 ml air suam

Satukan tepung, butter dan garam. Gaul sebati.
Masukkan air suam sedikit demi sedikit hingga aduan menjadi doh yang lembut.
Perap selama 1/2 jam.
Bulat2kan adunan dalam anggaran 60gm sampai habis.
Panaskan kuali.
Canai doh menjadi nipis dan bulat.
Masukkan diatas kuali dan balik2kan dan tekan. Bila ia mengelembung tandanya sudah masak.
Sedia dihidang.

Sambal Mackerel
Bahan-bahan :
1 tin Mackerel
2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 in halia dihiris
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur
1 tin kacang peas ditapis
Garam & gula secukupnya

Tumis semua bahan yang dihirs hingga layu.
Masukkan cilikisar dan asam gelugur kacau hingga naik minyak.
Masukkan mackerel, kacang peas, garam dan gula. Kacau hingga sebati dan mendidih.
Sedia dihidang.



Thursday, March 08, 2012

Roti Goreng Tuna


Roti Goreng Tuna.. menu sarapan yang simple dan sedap.. mudah penyediaannya dan sesuai untuk anak2 sarapan kesekolah..

Roti Goreng Tuna
By : Zalinah @ Rempah Ratus

Roti Sandwich
1 tin tuna
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu air kapor makan
1 1/4 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara:
Sapu tuna diatas roti dan lapikkan sekeping lagi.
Potong 4 segi kecil. Biarkan
Satukan semua bahan tepung, air kapor, kunyit dan air. Kacau sebati seperti adunan goreng pisang.
Panaskan munyak.
Celup roti tadi kedalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan dan garing.
Sedia dihidang.

Wednesday, December 07, 2011

Bun Kelapa


Assalamualaikum dan selamat pagi...
Bun Kelapa.. sedap dan lembut.. nak perhabiskan inti kelapa yang lalu buat kuih ketayap.. roti ni sedap dimakan untuk minum pagi dan petang.. resepinya adalah resepi koleksi simpanan saya..


Sedap dimakan panas2 yang baru keluar dari oven.. fav anak2 semasa cuti sekolah ni ada je permintaan untuk saya buatkan sesuatu untuk mereka..

Bahan-bahan:
600 gm tepung berprotin tinggi
60 gm gula halus
2 sudu bear tepung susu
2 sudu teh bread improver
11 gm yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur
2 50 ml air sejuk (+ -)
70 gm butter

Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali air dan butter.
Uli hingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
Masukkan butter dan uli hingga licin dan kental.
Tutup doh dgn towel dan perap hingga doh naik berganda.
Angkat doh dan uli sambil tumbuk2kan untuk buang angin didalam doh.
Bentukkan bulat dalam anggaran 50gm dan isi inti kelapa.
Rehatkan dalam 10 minit. Sapu telur dan tabur kelapa kering diatasnya.
Bakar didalam oven 170C dalam 20 minit hingga kekuningan.

Tuesday, May 24, 2011

Pizza Tuna

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. hari ni cuaca nmpk cerah.. panas pulak tu.. jemuran pun selalu cepat kering.. kdg2 tak tahan jugak kan cuaca mcm ni.. asyik dahaga je..utk mengelakkan dari kekurangan air minum la air masak sebanyak yg mungkin ye.. panduan utk kita semua..
Hari ni saya nak berkongsi resepi.. Pizza Tuna.. utk membuat toping ikutlah citarasa masing2 yer.. 


Bahan untuk base-
Sponge:
1 kg tepung roti
12 gm yeast
600 gm air

Satukan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Tutup dgn kain lembap dan perapkan selama 3 atau 4 jam.

Dough:
1 kg tepung gandum
540 gm air
40 gm garam
100 gm gula
40 gm milk powder
20 gm yeast
32 gm bread improver
140 gm minyak jagung

Satukan semua bahan dan uli sambil masukkan sponge yang diperap selam 3 jam tadi.
Uli kesemua hingga menjadi doh. Masukkan minyak jagung sikit demi sedikit sambil uli hingga doh menjadi licin dan lembut.
Bahagi doh dan bulat2kan. Untuk Loyang 10" saya bahagi kepada 320 gm. Buat sampai habis.
Setelah susun diatas loyang sehingga doh naik, masukkan kedalam petisejuk dlm 10 minit supaya senang digelek diatas dulang pizza.
Setelah digelek dgn rata diatas dulang pizza, dicucuk2 dgn garfu supaya angin keluar. Biar dlm 5 min baru dibakar dlm oven suhu 200C dlm 15 minit.
Buatlah topingnya. ikut citarasa masing2.

Untuk buat toping
Sos pizza
Tuna*
Mayonis* satukan
Cili capsicum hijau dan merah dihiris
Sosej dihiris
Nenas dlm tin dipotong
Serbuk pizza
Mozerella cheese

Saturday, April 23, 2011

Bun Manis


Bahan-bahan-
500 gm tepung gandum
225 ml susu segar
11 gm yeast kering
50 gm gula
50 gm mentega
50 ml minyak jagung
1 biji telur
1 biji kuning telur
5 gm garam

Cara-cara-
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan. Putarkan sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh dalam 1 jam.
Bila doh kembang tumbuk2kan doh untuk keluarkan angin.
Bentukkan doh bulat2 dalam 50 gm.
Susun diatas dulang biar doh kembang baru dibakar.
Bakar dalam suhu 180c sehingga keperang2an.

Friday, April 15, 2011

Roti Kismis

Assalamualaikum dan selamat petang..
Menu ptg saya roti kismis.. memandangkan esok cuti anak2 semua ada roti kismis la jadi makan kudapan mereka.. senang tak payah nak fikir2 kalau diaorg lapar makan je la roti ni.. biasa la kalau tak sekolah duk keluar masuk dapur je.. Resepi roti kismis ni mmg lembut dan gebu.. nak2 kalau cicah dgn air teh atau kopi..


Bahan-bahan-
500 kg tepung berprotin tinggi
2 camca besar susu tepung
2 camca teh bread improver
1 camca teh garam
70 gm gula halus
11 gm yeast
75 gm mentega
100 gm kismis hitam
1 biji telur
1 camcateh esen vanilla
180 ml air

Cara-cara-
Satukan semua bahan kecuali mentega. Uli sambil tambah mentega sikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang kental dan licin. Tutup doh dengan towel sampai naik 2 kali ganda.
Keluarkan doh dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin didalam doh.
Bahagikan adunan dlm beberapa ketul ikut saiz acuan. ( Saya letak 70gm bg acuan kertas)
Biar doh kembang 2 kali ganda lagi baru dibakar. Suhu 190C dalam 20 minit.
Bila roti sudah diangkat sapu dibahagian atas roti dgn butter.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...