Sunday, November 04, 2012

Nasi Dagang Kelantan & Gulai Ikan Tongkol



Assalamualaikum semua...

Nasi Dagang Kelantan & Gulai Ikan Tongkol.. menu untuk tengahari.. memandangkan beras nasi dagang yang telah lama berada didalam petisejuk tu.. hari ini juga merajinkan diri untuk memasaknya.. ianya juga adalah kesukaan anak-anak selain nasi kerabu.. nasib baik juga mereka semua pandai memakannya walaupun keluarga mereka bukan asal orang Kelantan.. saya pun belajar dari kawan berasal dari Kelantan.. dulu duduk merantau bercampur dengan kawan dari mana-mana negeri sambil belajar masakan dari mereka..
Resepi ini pun saya olahkan sedikit untuk selera saya dan keluarga..

NASI DAGANG KELANTAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 cawan beras nasi dagang - rendam semalaman
1 cawan beras pulut - rendam semalaman
8 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia* - semua bahan*dimayang halus
2 sudu kecil halba
Santan cair secukupnya
Santan pekat secukupnya
Garam secukupnya

Rendam beras nasi dagang dan beras pulut semalaman. Cuci dan toskan.
Kukus bersama santan cair hingga separuh masak. Gaul sebati.
Angkat dan masukkan kedalam bekas dan gaul bersama santan pekat, garam, bawang merah, bawang putih dan halia. Gaul sebati. Masukkan halba. Kukus sekali lagi hingga masak.
Sedia dihidang.

GULAI IKAN TONGKOL
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 ekor ikan tongkol - dipotong
12 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 in kunyit*
1 1/2 in halia*
1 in lengkuas* - semua bahan*dikisar halus
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar rempah kari ikan
3 keping asam gelugur
5 cawan santan atau secukupnya
Ciliapi merah secukupnya
Garam dan sedikit gula.

Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar,serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan rempah kari. Gaul hingga naik minyak.
Masukkan santan, asam keping dan kerisik.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Setelah mendidih masukkan ikan dan kacau.
Sedia dihidang.


8 comments:

  1. Lama tak buat, lama tak makan nasi dagang! Duduk lama-lam sikit di sini nak jamu mata ye....

    ReplyDelete
  2. Lama sangat tak buat sejak pandai order ni hihiii...

    ReplyDelete
  3. Suami saya pun suka makan nasi dagang ni... kt sini ada pelbagai jenis resepi... memang menarik :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..dh lama x buat.buat menega on laku kn..??

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..dh lama x buat.buat menega on laku kn..??

    ReplyDelete
  6. Maaf.. cadangan sikit. Lebih sedap kalau ikan tongkol tu direbus bersama asan keping garam n nesan. Bila dimasak gulai pun kena lama masaknya supaya ikan tu meresap rempah ratus. Petua mertua :)

    ReplyDelete
  7. Maaf.. cadangan sikit. Lebih sedap kalau ikan tongkol tu direbus bersama asan keping garam n nesan. Bila dimasak gulai pun kena lama masaknya supaya ikan tu meresap rempah ratus. Petua mertua :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...