Tuesday, November 29, 2011

Nasi Lemak Sambal Sotong


Nasi lemak Sambal Sotong.. menu tengahari yang simple.. permintaan anak-anak yang sedang cuti sekolah..

Bahan untuk nasi:
4 cawan beras
5 1/2 cawan santan
1 biji bawang besar dihiris
1 in halia dihiris
1 batang serai diketuk
2 helai daun pandan
Sedikit minyak
Sedikit garam

Semua bahan disatukan kedalam periuk nasi letrik.
Tekan dan biar hingga masak.
Gaul rata.

Bahan untuk sambal sotong:
500 gm sotong dibersihkan dan tos
2 cawan cili kisar
2 biji bawang besar dihiris
Sedikit belacan
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Tumis bahan yang dihiris hingga layu.
Masukkan belacan dan kacau rata.
Masukkan cili kisar dan air asam. Masak hingga garing.
Masukkan garam dan gula.
Bila cili sudah garing masukkan sotong. gaul rata dan sotong masak.
Sedia dihidang.

Tempe Goreng Berempah


Tempe Goreng Berempah.. makanan yang digemari saya sekeluarga.. sedap dimakan begitu saja atau bersama nasi.. goreng garing dan cicah dengan sambal kicap.. memang menyelerakan..

Bahan-bahan:
2 bungkus tempe dipotong nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
3 ulas bawang putih* (Semua bahan*ditumbuk halus)
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam

Tempe digaul bersama bahan yang dikisar, kunyit, serbuk kari dan garam. Gaul sebati.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Goreng hingga garing .
Sedia dihidang.

Saturday, November 26, 2011

Asam Kari Ikan


Assalamualaikum..
Asam Kari Ikan.. menu tengahari yang sungguh menyelerakan bagi saya sekeluarga.. memang sedap.. cukup rasa asam dan garamnya.. saya telah menjengah ke DTS yang banyak resepi asam kari ikan yang menyelerakan.. Terimakasih Cik Mat.. memang sedap masakan ini..

Bahan-bahan:
600 gm ikan - ikut citarasa
1 biji terung
2 biji tomato
1 genggam daun kesom
2 btg serai dititik
2 kuntum bunga kantan
1/2 cawan cili kisar
1 1/2 camca besar rempah kari
1 1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
Sedikit garam dan gula
3 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris

Bahan-bahan dikisar:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in lengkuas
1/2 in halia
1/2 in kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 in belacan

Cara-cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumisan bawang yang dihiris dan serai hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, cili kisar dan masak hingga garing.
Masukkan bancuhan rempah kari kacau hingga naik minyak.
Masukkan air, jus asam jawa dan masak hingga mendidih.
Masukkan ikan, terung, daun kantan dan daun kesom. Masukkan garam dan sedikit gula. Biar mendidih.
Akhir sekali maskkan tomato dan tutup api.
Sedia dihidang.

Wednesday, November 23, 2011

Muffin Pandan Kelapa


Assalamualaikum..
Muffin Pandan Kelapa.. memang sedap rasa lemak dan baunya wangi kelapa dan perasa pandan bila dibakar.. memang ikut citarasa saya sekeluarga muffin ini.. dihidang untuk minum petang.. bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati..


Muffin ini saya berkongsi resepinya dari DTS.. tapi saya ada mengubah sedikit bahan-bahannya mengikut citarasa saya.. terimakasih Cik Mat berkongsi resepi muffin yang sedap ini.. Jika ingin mencuba lihat resepi dibawah ini..

Bahan-bahan:
250 gm butter
150 gm gula halus
4 biji telur
300 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
100 gm kelapa kering
2 camcabesar serbuk santan
1/2 cawan susu segar
2 camcateh pes pandan
1/2 sudu teh garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur

Cara-cara:
Panaskan oven 170C.
Susun acuan muffin diatas dulang pembakar.
Tepung disatukan dengan kelapa keing, serbuk santan, baking powder dan garam
.Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga rata.
Masukkan tepung yang bercampur bahan kering berselang- seli dengan susu segar hingga habis.
Tuang 3/4 adunan kedalam acuan muffin. Tabur kelapa kering diatasnya.
Bakar hingga masak 20-25 minit.
Sedia dihidang.

Ikan Keli Bercili


Assalamualaikum...
Ikan Keli Bercili.. menu tengahari yang simple.. makan bersama sayur  kacang buncis tumis dan telur dadar.. agak lama juga saya tidak makan ikan keli.. anak-anak yang suka sangat masakan ini.. 

Bahan-bahan:
4 ekor ikan keli yang sederhana besar
1 biji bawang besar dicincang
8 biji cili merah*
Sedikit belacan* (semua bahan*dikisar halus)
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Ikan dipotong dan dibersihkan. Lumur dengan garam dan kunyit dan sedikit tepung. Goreng hingga garing.
Tumis bawang yang dicincang dan cili yg dikisar hingga garing.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Tuang keatas ikan yang telah digoeng.
Sedia dihidang.

Friday, November 18, 2011

Kuih Cara Manis


Assalamualaikum...

Salam pagi Jumaat yang mulia ini.. semoga kita semua berada didalam keceriaan dan diberi kesihatan yang baik... Pagi ini saya ingin berkongsi menu sarapan pagi yang dikira paling senang membuatnya.. Kuih cara manis iaitu kuih orang lama..sedap dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang..

Bahan-bahan:
2 1/4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
3 cawan santan
Perwarna hijau / paste pandan
Sedikit gula - utk inti kuih
Sedikit minyak - utk disapu pada acuan

Cara-cara:
Satukan tepung, santan, garam, paste pandan dan telur kemudian kacau sebati.
Tapiskan adunan.
Panaskan acuan kuih cara diatas dapur dan sapu sedikit minyak didalamnya.
Masukkan adunan setengah drp acuan dan tuangkan sedikit gula (1/2 sudu teh)
Tuangkan lagi adunan hingga menutupi acuan.
Tutup dengan penutup periuk sehingga masak.
Angkat dan hidangkan.

Thursday, November 17, 2011

Gado-Gado Peranakan


Assalamualaikum..

Gado-gado.. lama juga saya tidak membuatnya.. terus menjengah di dapur DTS yang banyak resepi pecal atau rojak yang sedap-sedap.. saya memiih untuk membuat gado-gado kerana bahan-bahannya pun dah sedia ada.. makanan ini juga mengenyangkan.. yang mana kawan kita ingin berdiet bagus juga memcubanya..


Terimakasih Cik Mat @ Dapur Tanpa Sempadan kerana berkongsi resepi gado-gado yang sedap ini.. Jom lihat resepinya..

Bahan untuk kuah:
250 kacang tanah dipanggang / sangai
200 ml pati santan
350 ml air
1/3 cawan jus asam jawa
5 sudu besar gula
Garam secukupnya
15 tangkai cili kering*
10 biji bawang merah*
2 batang serai*
1/2 in kunyit*
1 in lengkuas*
1 camcabesar udang kering dicuci dan ditos* (Semua bahan* dikisar)

Tumis semua bahan yang dikisar hingga naik minyak.
Masukkan air dan kacang yang dikisar.
Masukkan air asam, garam dan gula. Kacau rata.
Masukkan pati santan dan kacau hingga pekat.
Rasa garam dan gula secukupnya.
Boleh dihidang.


Bahan-bahan sayuran:
100 gm kacang panjang dipotong dan dicelur
250 gm kobis dihiris dan dicelur
3 biji kentang direbus dan buang kulitnya
1 biji timun
2 keping tempe digoreng
3 keping tauhu digoreng
5 biji telur direbus


Selamat mencuba...

Wednesday, November 16, 2011

Talam Suji


Assalamualaikum dan selamat pagi..
Talam Suji.. malam tadi buat untuk sarapan pagi ini.. lembut dan tidak begitu manis..mengikut citarasa dan ambil dari resepi koleksi saya... memang dari dahulu lagi saya membuatnya ikut dari resepi di bawah ini..

Bahan utk lapisan bawah: ( loyang 9x9in)
1 cawan tepung suji @ tepung semolina
1/2 cawan gula
1/2 camcateh garam
Pewarna kuning
3 1/2 cawan santan

Panaskan pengukus. Alas loyang dengan plastik.
Masukkan semua bahan kedalam periuk.
Masakkan atas api hingga naik wap.
Tuang kedalam acuan dan kukus selama 10 minit.

Bahan-bahan utk lapisan atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/4 cawan gula
1  biji telur
1/2 camcateh garam
1 cawan air gula merah - Gula merah dimasak dahulu bersama sedikit air dan daun pandan kemudian ditapis
2 cawan santan

Satukan semua bahan dan kacau hingga gula larut dan tapiskan.
Masukkan kedalam periuk dan kacau atas api hingga naik wap.
Garis2kan adunan bawah dgn garfu sebelum masuk adunan atas.
Masukkan keatas aduanan bawah dan kukus selama 20 min.
Sejukkan baru dipotong.

Tuesday, November 15, 2011

Sotong Masak Pedas Berpetai


Assalamualaikum...

Selamat petang.. dari tengahari sampai ke petang hujan lebat.. nasib baik pagi panas kering juga jemuran kain.. tapi walaupun hujan kerja rumah tetap diteruskan..
Petang ini saya menyediakan lauk sotong yang diambil dari dapur.. Ady Greatword Empire Kitchen Recipes.. memang sedap rasanya.. tetapi saya telah mengubah serba sedikit bahan-bahannya ikut citarasa saya.. Terimakasih Ady berkongsi resepi yang sedap dan menyelerakan.. anak2 akak suka dgn masakan ini..


Bahan-bahan:
7 ekor sotong dibersihkan dan dipotong
2 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih diketuk
2 btg serai diketuk
2 sudu besar cili kisar
2 sudu makan sos tiram
5 biji cili api diketuk
5 helai daun limau purut - koyakkan sedikit
Sedikit daun ketumbar
2 biji tomato dipotong
1 biji limau nipis diambil jusnya
3 papan petai
Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan sos tiram.
Masukkan sotong dan kacau hingga masak.
Masukkan cili api, petai, tomato, daun limau purut dan jus limau dan sedikit garam. Gaul rata dan tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan dihidang.

Sunday, November 13, 2011

Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol


Assalamualaikum semua..
Nasi Dagang dan Gulai ikan tongkol... menu tengahari tadi.. sudah agak lama juga tidak membuatnya.. selalunya kalau saya teringin hendak makan akan membelinya sahaja.. memandangkan sekarang anak2 saya sudah mengemarinya terpaksa juga buat sendiri.. mudah juga penyediaanya..

Nasi dagang ini juga sedap dimakan bersama gulai ikan atau ayam.. acar timun juga sebagai sayurannya..

Bahan utk nasi:
4 cawan beras nasi dagang*
1 cwan beras pulut* (disatukan dan rendam semalaman)
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih* (Semua bahan dihiris halus)
2 sudu makan halba
Santan cair
Santan pekat
Garam secukupnya

Panaskan pengukus.
Masukkan beras didalam sebuah bekas dan digaul bersama santan cair. Kukus dalam 10 minit atau naik wap.
Angkat dan masukkan santan pekat, halba dan bahan2 yang dihiris dan garam gaul sebati.
Kukus sekali lagi lebihkurang 20 min atau sehingga lembut dan masak.


Bahan utk gulai ikan:
1 ekor ikan tongkol (Ikut citarasa)
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia
1 in lengkuas*
1 in kunyit*
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis* (Semua bahan*dikisar halus)
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari
4 keping asam gelugur
1 biji timun dibelah potong kecil
5 biji cili api
Santan secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Caracara:
Tumis bawang besar hingga layu kemudian semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, asam gelugur dan ikan.
Masukkan garam dan timun.
Sedia dihidang.


Bahan utk acar:
1 btg timun
1 btg carrot dipotong halus
3 biji cili api dihiris halus
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukupnya

Semua bahan digaul hingga rata. Rasa garam dan gula secukupnya dan hidang.
Selamat mencuba...

Thursday, November 10, 2011

Puding Roti Kukus


Puding Roti Kukus.. sedap dimakan ketika sejuk.. bersama sos kastard.. boleh pakai roti gardenia tetapi saya menggunakan french loaf kerana sedia ada dirumah..


Bahanbahan:
1/2 buku french loaf (150 gm)
500 ml susu segar
2 sudu makan gula
2 biji telur
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis ikut suka

Cara-cara:
Roti dikoyak2kan.
Telur dikacau bersama gula dan telur higga sebati. Masukkan esen dan susu segar.
Masukkan roti, kismis dan biarkan seketika sehingga roti larut bersama-sama adunan tadi.
Masukkan butter dan kacau rata.
Masukkan adunan kedalam acuan utuk dikukus.
Kukus selama 1/2 jam atau sehingga masak
Sejukkan didalam petisejuk dahulu baru dihidang bersama sos.

Sos kastard:
1 tin susu cair / susu segar
2 susu makan gula
1 susu besar tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air
Sedikit air jika perlu

Kacau semua bahan diatas api perlahan. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.


Selamat mencuba..

Wednesday, November 09, 2011

Nasi Ayam & Ayam Panggang Simple


Assalamualaikum semua..

Nasi Ayam.. menu untuk makan malam ni.. begitu mudah menyediakannya dan ianya kegemaran anak-anak.. kita perlu masakan sup dan nasi sahaja.. makan bersama salad, timun dan tomato... serta sos cili.. sos hitam saya hanya menggunakan sos lada hitam.. mmg sedap..

Bahan utuk sup:
1 ekor ayam dibelah empat
1 biji bawang besar dicincang
4 ulas bawang putih diketuk
1 1/2 in halia dihiris
1 bungkus sup bunjut
1 sudu makan lada sulah
Air secukupnya
Daun bawang dan daun sup
Bawang goreng

Ayam dan semua bahan disatukan kedalam periuk. Tuang air secukupnya.dan masukkan sedikit garam.
Masak hingga mendidih dan ayam masak.
Tabur bawang goreng dan daun sup

Cara membuat ayam panggang simple:
Angkat ayam dan letak kedalam bekas.
Ayam dilumur dgn sedikit kicap cair, kicap manis dan sos tiram. Perap sekejap.
Bakar ayam didalam oven hingga nampak kekuningan.


Bahan untuk nasi:
4 cawan beras dicuci dan tos.
5 1/2 cawan kuah sup
Sedikit garam
2 sudu makan butter
1 kulit kayu manis
2 helai daun pandan

Semua bahan disatukan kedalam rice cooker.
Gaul semua dan rasa garam.
Tekan dan tunggu nasi masak.
Gaul sebati.


Bahan untuk sos cili:
6 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 susu besar sos cili
1 sudu makan cuka
Garam dan gula
Sedikit air masak

Cili dan bawang putih dikisar bersama sedikit air masak.
Tuang kedalam mangkuk.
Masukkan sos cili, cuka garam dan gula. Gaul rata.

Nasi Goreng Kampung


Assalamualaikum..

Nasi goreng kampung.. ringkas dam mudah.. makan bersama telur goreng dan sedikit keropok ikan..

Bahan-bahan:
4 cawan nasi sejuk
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit ikan bilis*
5 biji cili api* ( Semua bahan* ditumbuk kasar)
1 sudu makan sos tiram
1 biji telur dikacau sedikit
1/2 kiub pati ikan bilis
Sedikit garam
3 btg kacang panjang dipotong halus
1/2 biji carrot dipotong dadu
Daun bawang
Bawang goreng utk tabur

Cara-cara:
Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan kiub ikan bilis.
Masukkan sos tiram dan telur. kacau hingga telur hancur dan masak.
Masukkan kacang panjang dan carrot.
Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
Tabur bawang goreng dan daun sup.
Sedia dihidang.

Tuesday, November 08, 2011

Kari Kambing Kerisik


Assalamualaikum..
Kari kambing kerisik.. menu pada hari raya Aidiladha.. ianya adalah kegemaran sekeluarga.. makan bersama roti atau nasi.. kali ini saya letakkan sedikit kerisik.. bagi menyedapkan lagi kuahnya.. Jika ingin mencuba lihat resepi disini..

Bahan-bahan:
1 kg daging kambing dicuci dan toskan
3 biji kentang dibelah empat
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 sudu makan ketumbar*
1 sudu kecil jintan putih* (Semua bahan*dikisar)
Rempah ratus (kulit kayumanis, bunga lawang, bunga cengkih,buah pelaga)
3/4 cawan rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
1 sudu makan rempah beryani
2 sudu akan kerisik
Santan secukupnya
Garam

Cara-cara:
Tumis rempah ratus bersama hirisan bawang besar dan bahan2 yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan rempah beryani dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga kecut.
Masukkan santan dan biar hingga daging empuk.
Masukkan kerisik dan garam. Gaul rata.
Sedia dihidang.

Saturday, November 05, 2011

Nasi Lemak & Sambal Tempe


Assalamualaikum dan selamat pagi..
Menu untuk pagi ini saya menyediakan nasi lemak bersambal tempe.. sudah gak lama juga tak buat masakan mcm ni.. selalunya nasi lemak biasa je..Selain sambal tempe nasi lemak ini juga dimakan bersama telur dadar, timun dan sambal tumis..  ikut citarasa masing2..

Bahan-bahan:
4 cawan beras
5 1/2 cawan santan
Garam secukupnya
2 helai daun pandan
1 biji bawang besar dihiris
1 in halia dihiris
1 btg serai diketuk
Sedikit minyak

Semua bahan disatukan kedalam periuk nasi.
Kemudian tekan dan biar nasi hingga masak dan tanak.
Kacau dan sedia dihidang.

Sambal tempe:
2 bungkus tempe dihiris nipis
1/2 cawan kacang tanah digoreng
1 cawan ikan bilis digoreng
1 biji bawang merah
3/4 cawan cili kisar
Sedikit belacan
Garam dan gula secukupnya

Tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan cilikisar dan belacan dan tumis semua hingga garing.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan tempe, ikan bilis dan kacang grg, kacau sehingga kering.
Sedia dihidang.


Thursday, November 03, 2011

Kerang Rebus


Kerang Rebus.. sudah agak lama juga saya tidak memasaknya.. hari tu tengok seorang kawan pergi kesebuah restoran di JB dan telah mengambil gambar kerang rebus ni.. anak2 pun nampak.. apa lagi mereka menyuruh saya membuatnya.. saya kurang berminat dgn kerang,, tapi permintaan anak2 cuba juga membuatnya.. kerang rebus ni sedap dimakan bersama sambal asam atau sambal kicap..

Bahan-bahan:
1 kg kerang dibersihkan dan ditos
1 helai daun kunyit dipotong
3 batang serai diketuk
1 in halia dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris
7 biji cili api diketuk
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara- cara:
Semua bahan disatuka kedalam periuk.
Rebus hingga mendidih dan kerang masak. Rasa garam secukupnya.
Sedia dihidang bersama sambal asam atau sambal kicap.

Asam Pedas Ikan


Assalamualaikum..
Sudah makan tengahari? Asam pedas ikan adalah menu untuk tengahari.. masakan ini adalah paling digemari saya sekeluarga.. jadi dikira dalam sebulan banyak kali juga saya memasaknya.. tidak kira asam pedas ayam atau ikan..

Bahan-bahan:
4 ekor ikan ikut citarasa masing2
Daun kesom secukupnya
2 batang terung dibelah
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 in kunyit*
Sedikit belacan* (Semua bahan*dikisar)
1 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan gaul hingga naik minyak
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya.
Masukkan ikan, terung dan daun kesum. Rasa garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.


Wednesday, November 02, 2011

Spirals Bersos Cendawan


Assalamualaikum...
Menu saya untuk tengahari yg simple jer.. tengahari ni anak2 semua tak mahu makan nasi.. Spirals Bersos Cendawan saya sediakan utk mereka.. masak pun ikut citarasa saya.. senang dan mudah.. bahan tersedia ada dirumah..


Bahan-bahan:
250 gm spirals
200 gm isi ayam dipotong kecil
10 biji cendawan putih dihiris
1 biji bawang besar didadu
4 ulas bawang putih didadu
2 sudu makan lada hitam tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
300 gm (1 tin kecil) sos cendawan brand Prego
Sedikit air jika perlu
Daun ketumbar ditabur

Cara-cara
Spirals direbus bersama air dan sedikit minyak hingga masak. Toskan dan biarkan seketika.
Tumis bawang besar, bawang putih dan lada hitam dgn menggunakan minyak zaiton,
Masukkan ayam dan sedikit air.
Masukkan cendawan hiris dan sos cendawan. Gaul rata dan rasa garam.
Masukkan daun ketumbar.
Sedia dihidang.

Cucur Nasi Udang Kering


Cucur Nasi Udang Kering.. sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang.. cicah bersama sos cili.. banyak kali saya sudah membuatnya tetapi kali ni pakai udang kering.. nak tukar selera.. saya ambil dari resepi Cucur Nasi Ikan Bilis..

Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan udang kering dicuci dan ditos
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah hiris
1 biji cili merah dihiris halis
Daun sup/ daun bawang dihiris halus
Garam secukupnya

Cara-cara:
Kisar nasi, udang kering, bawang besar dan bawang putih hingga halus.
Gaul bahan yang dikisar bersama tepung, cili merah, bawang hiris dan garam hingga rata.
Panaskan minyak dan jemput2kan sehingga habis.
Sedia dihidang bersama sos.

Tuesday, November 01, 2011

Kek Oren Lembap


Assalamualaikum...
Kek Oren Lembap.. kesukaan saya.. kek yang simple dan mudah dibuat.. nak perhabiskan buah oren tinggal 2 biji minggu lalu membelinya.. takde orang pun mengusiknya dari busuk begitu saja lebih baik saya buatkan kek.. mesti habis punya.. resepi kek ini saya ambil dari Cik Mat @ DTS.. thankyou Cik Mat berkongsi resepi.. mmg berbaloi sedap, lembut dan lembap je..

Bahan-bahan:
260 gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula halus asingkan 2 camca besar - saya kurangkan jadi 3/4 cawan gula
4 biji telur gred A asingkan kuning dan putih
1 biji buah oren - parut kulit dan perah jus

Cara-cara:
Putar butterdan gula hingga putih.
Masukkan kuning telursatu persatu dan putar hingga gebu.
Masukkan parutan kulit oren dan putar.
Masukkan tepung berselang-seli dgn jus oren hingga habis.
Dalam bekas lain putar putih telur hingga berbuih, masukkan 2 c/b gula halusyg diasingkan dari 1 cawan gula. Putar hingga kental.
Gaul putih telur kedalam adunan tepung dgn kaedah kaup balik sehingga rata.
Bakar 170C dalam 45 minit.
Sedia dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...