Wednesday, May 18, 2011

Nasi Lemak Halba

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam ye.. cuaca diluar pun terang.. cuaca panas mcm ni jemuran baju semua cepat kering.. kerja2 didlm rumah pun kita lakukan pun rasanya cepat.. Alhamdulillah..

Pagi ni saya nak berkongsi resepi Nasi Lemak Halba.. jarang sekali kita dgr kan.. Tapi ini adalah kegemaran nasi lemak saya sekeluarga.. Aroma nasi ni sungguh wangi bila dimasak atau dikukus.. Sedap dimakan dgn sambil tumis dan ayam goreng berempah..


Bahan-bahan-
4 cawan beras dicuci dan ditoskan
5 1/2 cawan santan
1 sudu makan halba
1 biji bawang besar dihiris
1 inci halia dihiris halus
1 batang serai
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit minyak
Garam secukupnya

Cara-cara-
Masukkan beras kedalam periuk nasi.
Satukankan santan, halba, bawang, halia, serai, daun pandan dan garam. Letakkan sedikit minyak.
Masak nasi hingga kering. Gaul rata.
Sedia dihidang.

2 comments:

  1. Dah nama orang Johor kan.. Ni lah yg selalu my mommy buat.. Start missing her...

    ReplyDelete
  2. ye Yan.. saya suka kerana aromanya.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...