Sunday, July 28, 2013

Sambal Goreng Pengantin



SAMBAL GORENG PENGANTIN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
300 gm daging *
300 gm paru*
300 gm hati * - semua * direbus hingga empuk
300 gm udang
2 cawan air rebusan daging
3 cawan santan pekat
1 in belacan
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan bawang goreng
Garam dan gula secukupnya
4 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 1/2 in lengkuas*
3 biji cili merah*
3 biji cili hijau*
10 biji ciliapi*
3 batang serai* - semua bahan*dihiris halus

Cara-cara :
Daging, hati dan paru direbus empuk kemudian dipotong dadu kemudian digoreng sekejap.
Tumis semua bahan yang dihirs hingga layu.
Masukkan cili kisar, belacan dan air asam jawa.
Masukkan daging, paru dan hati kacau hingga sebati.
Masukkan santan pekat, garam dan gula secukupnya.
Masukkan udang dan kacau hingga sedikit pekat.
Akhir sekali masukkan bawang goreng. Kacau rata.
Sedia dihidang.




2 comments:

  1. aduhaiii....ni peberet sy nih...kalau mkn kt luar mesti cari sambal ala2 cmni..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap sambal goreng macam ni...alahai...menggoda banget...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...