Saturday, June 30, 2012

Ayam Goreng Serai Berempah



Ayam Goreng Serai Berempah.. menu yang ringkas dan anak-anak pun mengemarinya.. hari ini saya menyediakan menu yang simple.. selain ayam goreng.. sayur campur dan sedikit sambal belacan sahaja..

Ayam Goreng Serai Berempah
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan:
8 ketul ayam dibersihkan
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
6 batang serai*
3 sudu makan ketumbar*
2 sudu makan jintan manis* ( Semua bahan * ditumbuk lumat )
1 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukupnya
3 sudu makan tepung beras

Cara-cara:
Tumbuk semua bahan * sehingga lumat.
Masukkan bahan yang ditumbuk, garam dan serbuk kunyit kedalam ayam yang telah dibersihkan dan perap lebihkurang 2 jam.
Panaskan minyak.
Masukkan tepung beras kedalam ayam yang diperap dan gaul sebati.
Goreng ayam hingga garing.
Sedia dihidang.



Friday, June 29, 2012

Rahsia Pemakanan Orang Bijak Pandai Islam

Petikan dari : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Rahsia Pemakanan Orang Bijak Pandai Islam


Penemuan saintifik telah membuktikan kebenarannya mengenai amalan makanan dan pemakanan yang baik untuk mental, khususnya terhadap susu, madu dan telur.


MADU - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa'' iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'Raja Ubat', dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, 'Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu'. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Cara Minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya.

KISMIS – Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Cara Makan:
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca 'Bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

SUSU SEGAR - Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

Cara Minum: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

TELUR - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, 'Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur'.

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

HALIA - Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

Cara Makan: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

LIMAU OREN - Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

BUAH DELIMA - Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, 'Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.'

DAGING BURUNG MERPATI - Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

OTAK AYAM - Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

DAGING AYAM - Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

DAGING BIRI-BIRI - Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

HATI - Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG - Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM - Untuk meningkatkan kecerdasan.

KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/ kundar) - Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

BUNGA KOBIS - Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

BUNGA CENGKEH - Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

LABU - Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., 'Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal'. Baginda juga berkata, 'Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal. Kebanyakan restoran Arab menyediakan ‘sup’ mereka menggunakan labu kuning.

BUAH KEDEKAI - (MAJALAWI) - Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI - Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

SAYUR-SAYURAN & BUAH-BUAHAN SEGAR - Membantu meningkatkan akal dan memori semua makanan ini jika kita dapat mengamalkannya, ia berkesan untuk kekuatan minda dan juga mental kita. Ia bukan sahaja dapat menguatkan mental tetapi ia juga dapat menyihatkan tubuh badan.




Asam Pedas Ikan



Asam Pedas Ikan
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
4 ekor ikan ( Ikut suka) - dipotong dan dibersihkan
10 batang bendi
6 biji tomato
1 kuntum bunga kantan
Daun kesom
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 in kunyit*
Sedikit belacan*
20 batang cili kering dicuci* ( Semua bahan* dikisar halus)
2 batang serai diketuk
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisar dan serai hingga garing dan naik minyak.
Masukkan air asam dan air. Biar mendidih.
Masukkan ikan, bendi, bunga kantan dan daun kesom.
Rasa garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.

Kuih Lapis


Kuih Lapis.. kuih tradisi lama.. sedap rasanya lemak manis dan lembut.. kita boleh buat bermacam-macam warna untuk lebih menarik lagi.. 

Kuih Lapis
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras ( Cap Teratai )
3/4 cawan tepung ubi
3/4 cawan tepung gandum
6 cawan santan*
3/4 cawan gula*
4 helai daun pandan*
Sedikit garam* ( Semua bahan disatukan dan kacau sebati )
Perwarna merah (Rose)

Cara-cara:
Semua bahan yang disatukan dimasak diatas api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
Panaskan pengukus.
Masukkan tepung beras, tepung ubi dan gandum. kacau sebati kemudian tapis.
Bahagikan kepada dua bahagian sama banyak. Satu bahagian dimasukkan pewarna merah. Ketepikan.
Alas loyang empatsegi 9x9x3 dengan plastik. Sapukan sedikit minyak. Panaskan sebentar didalam pengukus.
Tuang adunan putih dan kukus. Setiap adunan kukus salama 5 minit dan lakukan seterusnya berselang seli hingga habis. Sejukkan terlebih dahulu baru dipotong dan dihidang.





Wednesday, June 27, 2012

Ikan Masak Kicap Lada Hitam



Ikan Masak Kicap Lada Hitam.. masakan yang simple tapi sedap.. kalau yang susah sangat nak cari menu untuk makan ini masakan yang saya selalu masak untuk keluarga.. cepat dan mudah disediakan..

Ikan Masak Kicap Lada Hitam
Dari dapur : Zalinah @ Rempah ratus
Bahan-bahan:
4 ekor ikan goreng (ikut suka)
2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 in halia dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 sudu makan lada hitam ditumbuk
2 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan sos cili
Kicap manis secukupnya
Sedikit air (jika perlu)
Garam & Gula secukupnya

Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dihirs hingga layu.
Masukkan kicap, sos lada hitam, sos cili dan sedikit air. Kacau rata.
Masukkan ikan sambil kacau dan taburkan daun sup.
Sedia dihidang.




Tuesday, June 26, 2012

Ketam Masak Lemak Ciliapi


Assalamualaikum semua dan selamat malam..

Ketam Masak Lemak Ciliapi.. menu untuk makan malam.. Lauk ini digemari anak lelaki sulung.. memang cukup gemar dengan masakan ciliapi.. tidak kira ikan atau ayam.. kuahnya yang manis dan pedas membuatkan bertambah nasi bila makan.. Jom tengok resepi saya yang mudah disini..

Ketam Masak lemak Ciliapi
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
6 ekor ketam dibersihkan dan potong dua.
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 inci kunyit hidup*
20 biji ciliapi* ( Semua bahan * dikisar halus )
6 cawan santan
2 batang serai diketuk
1 helai daun  kunyit
10 tangkai kacang panjang
Garam secukupnya

Cara-cara:
Satukan bahan yang dikisar, serai dan santan kedalam periuk.
Masakkan diatas api perlahan sambil kacau hingga mendidih.
Masukkan ketam, kacang panjang, daun kunyit serta garam.
Kacau hingga ketam masak.
Boleh dihidang.



Wednesday, June 20, 2012

Jemput-jemput Ikanbilis


Jemput-jemput Ikanbilis
By : Zalinah@Rempah Ratus

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1 biji bawang besar dihiris halus
Daun bawang & daun sup secukupnya
1/2 biji carrot dipotong dadu
1 biji cili merah dipotong dadu
1/2 biji bawang besar*
 4 ulas bawang putih*
1/2 cawan ikan bilis dicuci dan toskan*  (Satukan semua bahan dan kisarkan dgn 1/2 cwn air)
1 1/4 cawan air
Garam secukupnya

Cara-cara:
Satukan bahan spt tepung, yis, bawang hiris, daun sup, carrot dan cili dipotong kedalam bekas. Gaul rata.
Kisar bahan * dan satukan kedalam bahan tadi.
masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga rata dan sebati.
Biar adunan dalam 20 minit hingga kembang sedikit.
Goreng kekuningan dan sedia dihidang.

Tuesday, June 19, 2012

Bubur Jagung & Nangka


Bubur Jagung & Nangka
By : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
4 tongkol jagung disagat
6 biji nangka madu disiat
6 cawan santan
1/2 cawan biji sago dicuci dan tapis
Gula secukupnya
Sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara-cara:
Santan dimasak bersama biji sago, daun pandan, gula dan garam hingga mendidih.
Masukkan jagung. Kacau rata.
Masukkan nangka dan kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.

Sambal Goreng Tempe



Sambal Goreng Tempe
By : Zalinah@Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 bungkus tempe* 
2 biji kentang* ( Semua bahan* dihiris dan digoreng garing )
1/2 cawan ikan bilis digoreng garing
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar cili kisar
Sedikit kicap
Garam & gula secukupnya

Cara-cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
Masukkan cili kisar dan gaul hingga kering.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan tempe, kentang dan ikan bilis yang telah digoreng garing. 
Masukkan sedikit kicap. Gaul rata hingga kering.
Sedia dihidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...