Saturday, May 14, 2011

Bingka Roti Berjagung


Bahan-bahan-
3 biji telur
1 cawan gula halus
100 gm mentega dicairkan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
13 keping roti dipotong dadu
1 3/4 cawan tepung gandum
1 liter santan / susu cair
1 cawan jagung cream dlm tin

Cara-cara-
Satukan telur dan gula dan kacau hingga larut. Masukkan mentega cair, tepung gandum dan garam.
Tuang santan atau susu cair dan kacau sebati.
Masukkan roti yg dipotong dadu. Biarkan selama 20 minit.
Masukkan jagung cream dan kacau.
Tuang adunan kedalam loyang yg disapu sedikit mentega.
Bakar 180c selama 1 jam.
Sejukkan dahulu baru dipotong.

2 comments:

  1. Senang dan mudah diproses...

    ReplyDelete
  2. Dapat nimbor ganjil kali ini 49

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...