Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Tuesday, November 17, 2015

Bingka Pandan



Assalamualaikum semua..

Semalam hujan lebat.. saja jengah ditepi rumah..
Sambil menglihatkan pokok pandan hidup segar menghijau.. teringin pulak nak makan bingka pandan.. memandangkan bahan2nya pun tersedia ada didapur.. resepinya pun mudah dan ringkas..

BINGKA PANDAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
3 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 sudu teh garam
3 biji telur - kacau
3 sudu besar minyak jagung
2 cawan air daun pandan - 8 helai daun pandan dikisar bersama air
4 cawan santan pekat
Sedikit pewarna pandan

Cara-cara :
Satukan tepung, gula, garam dan telur.
Masukkan air daun pandan dan minyak.
Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga habis dan sebati.
Sapukan loyang dengan mentega.
Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar 200C dalam 45 min atau 1 jam. sehingga atas dan bawah permukaan kuih kekuningan.
Angkat dan sejukkan baru dipotong.




Thursday, April 09, 2015

Karipap Sardin Dan Kentang



KARIPAP SARDIN DAN KENTANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan untuk inti :
1 tin besar sardin - dihancurkan
500 gm kentang - potong dadu
2 biji bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 in halia - tumbuk
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan rempah kari
Sedikit daun sup dan bawang
Perahan limau kasturi
Garam dan gula secukupnya

Yumis bawang hingga layu.
Masukkan cilikisar dan rempah kari dan kacau hingga wangi.
Masukkan kentang dan kacau hingga kentang empuk.
Masukkan sardin hancur dan masak hingga kering.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun bawang dan sup.Sejukkan.

Bahan pastri :
500 gm tepung gandum
1/2 cawan minyak*
1/4 cawan butter* - panaskan hingga cair
1 sudu gula
1 sudu garam
3/4 cawan air sejuk + -

Masukkan minyak dan butter cair dan gaulkan kedalam tepung.
Ramas hingga sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh lembut.
Biarkan 5 min.

Buatkan doh untuk dijadikan karipap.




Wednesday, March 11, 2015

Lempeng Kelapa




Assalamualaikum semua..
Menu minum pagi.. lempeng kelapa cicah sambal tumis ikan bilis.. lempeng kelapa ini saya letakkan sedikit baking powder untuk melembutkan lagi lempeng ini.. terasa lemak dan cukup lembut sekali.. Jom cuba..

LEMPENG KELAPA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 cawan tepung
1 1/2 sudu kecil baking powder
2 cawan kelapa parut putih
2 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula

Cara-cara ;
Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
Biarkan adunan dalam 10 minit.
Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak.
Masukkan adunan dalam 2 senduk.
Terbalikkan hingga kekuninagan dan masak.
Angkat dan hidangkan.





Saturday, March 07, 2015

Apam Pisang



APAM PISANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Sumber : FIZA'S COOKING

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandam*
2 sudu teh baking powder* - diayak bersama
3/4 cawan gula
4 biji telur
3/4 cawan minyak sayur
1 cawan pisang lenyek*
1 sudu teh soda bicarbonet*
1 sudu teh garam* - semua bahan * digaul rata dan biarkan

Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Pukul telur bersama gula hingga kembang.
Masukkan minyak dan pukul lagi.
Masukkan tepung dan pisang lenyek sedikit demi sedikit hingga habis.
Kacau hingga rata. Biarkan adunan dalam 10 minit.
Sapu acuan dengan sedikit minyak dan panaskan didalam pengukus beberapa minit.
Tuang adunan kedalam acuan hingga habis.
Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
Jika mengunakan acuan loyang besar kukus selama lbhkurang 45 minit.
Sejukkan dahulu kemudian dihidang.



Monday, October 27, 2014

Pisang Goreng Bercoklat


Assalamualaikum semua..
Pisang Goreng Bercoklat menu untuk minum petang.. sedap dan digemari anak2anak.. lagi sedap lagi jika ditabur dengan sedikit keju parut.. Saya menggunakan pisang nangka kerana rasanya yang sedikit masam manis.. boleh juga menggunakan pisang tanduk..
Jom lihat resepi saya yang senang dan ringkas penyediaannya..

PISANG GORENG BERCOKLAT
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 sisir pisang nangka - dibelah dua
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung rangup ADABI
1 sudu teh air kapur
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit - pewarna

Semua bahan dikacau rata hingga sebati.
Panaskan minyak.
Celupkan pisang keadunan tepung kemudian masukkan kedalam minyak .
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Cairkan coklat masakan dengan menggunakan double boiler hingga cair.
Masukkan kedalam plastik dan potong bucu kemudian dipicit dan letakkancoklat keatas pisang.
Sedia dihidang.

 



Wednesday, March 26, 2014

Murtabak Lapis Daging Kraker





MURTABAK LAPIS DAGING KRAKER
Bahan-bahan : (Loyang 9"x 9" x 3")

27 keping kraker
600 ml santan / susu cair
6 biji telur - kacau rata

Untuk lapisan daging ;
500 gm daging cincang
3 biji bawang besar - potong dadu
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in halia* - ditumbuk
4 sudu besar rempah kari
1 biji cili merah - cincang
Daun sup dan bawang secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara ;
Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan kacau.
Masukkan daging cincang dan kacau hingga daging masak. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan bawang cincang dan cili merah cincang dan gaul rata.
Perasakan garam dan gula secukupnya. Sejukkan.

Cara membuat lapisan kraker :
Loyang disapu dengan sedikit butter hingga rata.
Susun kraker dan tuang sedikit santan.
Bahagikan adunan daging kepada dua bahagian. Tuang adunan daging keatas kraker tadi dan ratakan.
Bahagika telur yang dikacau kepada dua bahagian. Tuang keatas daging yang diratakan keatas kraker.
Buat semula seperti cara diatas hingga menjadi 3 lapisan kraker. Baki santan tadi tuang keatas kraker.
Panaskan oven dalam 190C. Masukkan adunan murtabak tadi dan bakar sehingga 1 jam atau kekuningan diatasnya.
Angkat dan sejukkan.
Sapu diatas dengan sos cili dan hiaskan daun bawang dan cili merah hiris.
Sedap dimakan bersam sos cili.




Sunday, March 16, 2014

Bingka Roti Pisang



BINGKA ROTI PISANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 1/2 cawan santan
2 biji telur - kacau
1 cawan pisang lenyek
12 keping roti - potong dadu
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter - dicairkan
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil garam

Cara-cara :
Santan digaul bersama telur, gula, garam dan esen vanila.
Masukkan roti yang dipotong dadu. Biarkan dalam 1/2 jam supaya roti mengembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul rata.
Masukkan pisang lenyek dan butter cair. Kacau semua hingga rata.
Panaskan oven. Loyang 9"x 9" disapu dengan sedikit marjerin.
Tuang adunan kedalam loyang dan bakar dalam kepanasan 200C.
Bakar dalam 1 jam sehingga atas nampak garing dengan menggunakan api atas bawah.
Sejukkan baru dipotong.




Thursday, February 27, 2014

Karipap Ayam Kentang



KARIPAP AYAM KENTANG
Dari dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan untuk inti:
500 gm kentang - potong dadu
250 gm isi ayam cincang
4 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1/2 in halia*
2 sudu besar udang kering*
1 sudu makan biji ketumbar  - semua bahan* dikisar
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar gula
Garam secukupnya
1/2 cawan air

Cara-cara : 
Tumis semua bahan yang dikisar dan kuloit kayu manis hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan cili kisar dan kacau.
Masukkan ayam dan kentang. kacau hingga rata dan masukkan sedikit air. Gaul rata.
Perasakan garam dan gula secukupnya. masak hingga kentang empuk dan sedikit kering.
Sejukkan.

Bahan untuk pastri :
500 gm tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
80 gm butter*
1/4 cawan minyak* - panaskan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Air secukupnya - lbhkurg 170++)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan kering kedalam bekas.
Tuang minyak dan butter cair dan gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh lembut.
Biarkan seketika.
Canai dan terapkan dengan menggunakan acuan karipap dan isi intinya.
Buat dan kelim sampai habis.
Sedia digoreng.



Tuesday, February 18, 2014

Talam Keladi



TALAM KELADI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan untuk bahangian bawah :
3 1/2 cawan santan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung sagu
1 1/4 cawan keladi cina potong dadu - direbus atau kukus
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam

Panaskan pengukus. Alas loyang 9"x 9' beralaskan plastik.
Satukan semua bahan kecuali keladi. kacau hingga semua bahan larut. Tapis.
Masakkan adunan diatas api perlahan hingga naik wap.
Masukkan kedalam loyang yang dipanaskan dan tutup.
Kukus sehingga 10 minit.

Bahan untuk bahagian atas :
3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula
1 sudu kecil garam
Pewarna keladi

Satukan semua bahan dan kacau hingga larut. Tapis.
Masakkkan adunan diatas api perlahan kemudian masukkan keladi dadu dan kacau hingga keluar wap.
Angkat penutup kukusan dan carik-carikkan dengan menggunakan pisau diatas permukaan adunan bawah tadi.
Masukkan adunan yang dimasak keatas aduanan bawah secara perlahan. Kukus sehingga lebihkurang 20 minit dan masak.
Sejukkan kuih terlebioh dahulu baru dipotong.




Tuesday, February 11, 2014

Kaswi Pandan Lemak Manis



KASWI PANDAN LEMAK MANIS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 cawan air daun pandan 
1 cawan santan pekat
3 1/2 cawan air
3 sudu besar air kapur makan
Sedikit pewarna pandan
1 sudu kecil garam
Kelapa parut putih secukupnya

Cara-cara :
Pansakan pengukus.
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga larut. Tapiskan.
Masukkan kedalam periuk dan kacau perlahan diatas api hingga keluar wap.
Tuangkan adunan kuih kedalam loyang 9"x9" yang telah disapu dengan sedikit minyak. Kukus sehingga 1/2 jam.
Angkat dan sejukkan baru dipotong.
Sedia dihidang.



Saturday, December 28, 2013

Bingka Labu



BINGKA LABU
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
3 1/2 cawan tepung
1 1/2 cawan labu lenyek
2 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter - dicairkan
1 sudu teh garam
5 cawan santan
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara ;
Labu dikukus kemudian dilenyek.
Satukan adunan tepung, santan, butter cair, telur, gula dan garam.
Kisar hingga halus.Tapiskan.
Masukkan labu lenyek dan sedikit pewarna kuning.
Tuang kedalam loyang 9"x9" yang disapi sedikit butter.
Bakar 200C selama 1 jam. Gunakan api atas bawah.
Sejukkan dahulu baru dipotong.



Saturday, December 21, 2013

Getuk Ubi Goreng



GETUK UBI GORENG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 kg ubi yang dibuang kulit - direbus empuk
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 sudu garam
4 sudu gula

Ubi yang telah direbus empuk ditos airnya hingga kering.
Ambil anak lesung ditumbuk lumat.
Masukkan kelapa parut putih, gula dan garam. Gaul rata.
Bulatkan seperti bebola hingga habis.

Bahan membuat salut :
1 1/4 tepung beras
1/4 tepung goreng rangup (ADABI)
Sedikit air kapur
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam
3/4 cawan air (+-)

Semua bahan disatuakan dan kacau hingga larut. Tidak terlalu cair.
Panaskan minyak dan ambil bebola getuk dan salutkan kedalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
Sedia dihidang.




Friday, December 20, 2013

Bingka Ubi Gula Merah



BINGKA UBI GULA MERAH
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
5 cawan ubi kayu dikisar - tos dan perah
100 gm kelapa parut putih
1 cawan gula
1 cawan air gula merah
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
100 gm butter - dicairkan
2 biji telur - dikacau sedikit

Cara-cara :
Panaskan oven dalam 200C api atas bawah.
Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga adunan gula larut dan sebati.
Masukkan kedalam loyang 9"x 9" yang disapu dengan sedikit butter.
Bakar sehingga masak selama lebih kurang 1 jam.
Tukar api atas sahaja untuk mendapatkan permukaan atas garing.
Angkat dan sejukkan baru dipotong.


Tuesday, December 17, 2013

Lempeng Dan Kari Ayam



LEMPENG CICAH KARI AYAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 1/4 cawan air

Cara-cara:
Satukan semua bahan dan kacau. Kisar dan tapiskan.
Panaskan kuali tidak melekat dan sapu sedikit minyak.
Tuang adunan anggaran 2 senduk dan ratakan.
Balikkan dan angkat. Buat sampai habis.
Sedia dihidang bersama kuah kari ayam.



Thursday, December 12, 2013

Roti Jala



ROTI JALA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar minyak
3 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara ;
Semua bahan distukan dan dikacau dengan menggunakan whisk hingga sebati.
Tapiskan dan kacau rata.
Panaskan pan yang tidak melekat disapukan dengan sedikit minyak.
Tuangkan adunan dengan menggunakan acuan roti jala.
Angkat dan gulung.
Sedia dihidang.



Monday, December 09, 2013

Bingka Ubi



BINGKA UBI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
5 cawan ubi yang telah dikisar - tos atau perah air sagu
100 gm kelapa parut putih
1 1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
3 cawan santan
100 gm butter - dicairkan
2 biji telur - dikacau
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
Panaskan oven 200C. Api atas bawah.
Loyang disapukan dengan sedikit butter.
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.
Masukkan kedalam loyang 9"x9".
Bakar dalam 1jam atau sehingga masak.
Tukar kepada api atas untuk mendapatkan permukaaan garing.
Angkat dan sejukkan sepenuhnya kemudian di potong.
Sedia dihidang.



Saturday, December 07, 2013

Karipap Daging Lada Hitam



KARIPAP DAGING LADA HITAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan membuat inti:
200 gm daging cincang
500gm kentang - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu besar lada hitam* - semua bahan*ditumbuk lumat
Daun sup & daun bawang - dihiris
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara ;
Tumis bawang besar dan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak.
Masukkan kentang dan 1/2 cawan air.
Gaul hingga kentang empuk.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun sup dan daun bawang.

Bahan-bahanuntuk pastri :
1/2 kg tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
80 gm butter*
1/4 cawan minyak* - panaskan dan cair
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
170 ml air (+ - )

Cara -cara :
Tepung disatukan bersama garam dan gula.
Butter dan minyak dipanaskan dan cair dan tuang kedalam adunan tepung dan ramas sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan lembut dan rata. 




Sunday, November 24, 2013

Ubi Rebus Dan Sambal Tumis Ikan Bilis



UBI REBUS DAN SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
3 ketul  ubi kayu
Sedikit garam

Ubi dibuang kulit dan direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Angkat.

Sambal Tumis :
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 in belacan
1 keping asam gelugur
3/4 cawan cili kisar
Ikan bilis sedikit goreng.
Garam dan gula secukupnya

Tumis bawang besar dan belacan hingga layu dan wangi.
Masukkan cili kisar dan asam gelugur dan kacau hingga garing.
Masukkan ikan bilis, garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang bersama ubi rebus.


Wednesday, November 13, 2013

Pau Sambal



PAU SAMBAL
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cawan minyak
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar susu pekat manis
540 gm air (+ -)
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara menggunakan mesin :
Satukan tepung, yis, garam, susu pekat dan minyak. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi kental dan lembut.
Angkat dan uli sedikit dan tutup dan rehatkan doh dalam 15 -  20 min.
Uli sekali lagi untuk membuang angin dalam doh.
Bulat-bulatkan doh menjadi doh yang licin anggaran 30 gm dan susun di atas loyang.
Biarkan dalam 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuninggan.
Sejukkan dahulu dan dipotong tengah untuk disapu dengan sambal tumis.
Sedia dihidang.



Thursday, October 31, 2013

Pisang Nangka Goreng Dan Sambal Kicap



PISANG NANGKA GORENG DAN SAMBAL KICAP
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 sisir pisang nangka
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung rangup ADABI
1 1/4 cawan air
2 sudu besar air kapur makan
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara :
Semua adunan dicampurkan dan kacau bersama air hingga sebati.
Panaskan minyak.
Pisang dibelah dua.
Celup pisang didalam aduanan dan goreng hngga kekuningan dan garing.
Sedia dihidang cicah bersama sambal kicap.

SAMBAL KICAP
3 biji cili merah
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
1 cawan kicap manis
1 sudu besar cuka
Garam dan gula secukupnya

Semua bahan disatukan kemudian dikisar halus.
Masakkan hingga mendidih. Sejukkan.
Sedia dihidang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...