Monday, August 08, 2016

Kek Oren Sunkist



Kek Oren Sunkist
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :

300 gm butter
270 gm gula perang
1 sudu kecil esen oren
5 biji telur
260 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder* - diayak
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan jus oren
1 sudu makan sunquick oren
Kulit buah oren disagat
1 sudu kecil pewarna kuning

Cara-cara :
Putar butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satau persatu hingga habis.
Masukkan esen oren, jus sunguick, parutan kulit oren dan susu pekat manis. putar lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikacau rata.
Kacau menggunakan spatula.
Tuang adunan kedalam loyang 8x8 in yang telah dialas dan disapu sedikit butter.
Bakar selama 45 min dengan kepanasan 170 C




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...