Friday, June 17, 2011

Green Carpet Cake


Baru mencuba kek ni.. sedap dan lembut.. tapi tak berapa cantik sangat.. kena cuba lagi..
Kek ini saya ambil resepinya dari DapurKu Sayang.. DJ Dayang.. terimakasih kerana berkongsi resepi yang sedap..


Bahan-bahannya-
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur A
225 gm butter
3/4 cawan gula halus
4 sudu besar tepung biskut Marie ( kira2 5 keping biskut dikisar)
3 sudu besar Horlicks
1 1/2 sudu kecil pes pandan/ pandan emulco
1/4 cawan susu pekat manis

Cara-cara-
Panaskan pengukus dan sapu loyang dgn butter dan tabur sedikit tepung.
Pukul mentega dan gula hingga kembang, putih dan gebu.
Masukkan telur satu persatu hingga habis.
Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
Masukkan tepung yang disatukan dgn horlicks dan tepung biskut Marie sedikit demi sedikit hingga habis sambil putar perlahan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dikacau dgn pes pandan.
Kemudian masukkan kedalam loyang 7x7 secara berselang-seli.
Tutup adunan dgn kertas foil.
Kukus dalam 1 jam 20 minit.
Bila sejuk baru dipotong.

2 comments:

  1. kak zalinah..kalau tak letak horlicks..ada perubahan rasa ?

    ReplyDelete
  2. Mayb ada kot.. ni pun akak baru mencuba kek ni.. sedap dan moist je.. boleh try dulu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...