Monday, November 12, 2012

Tauhu Masak Tauchu



TAUHU MASAK TAUCHU
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 keping tauhu - dibelah 4
2 sudu besar ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 in halia - dihirs
1 biji cili merah - dihiris
6 biji ciliapi merah - dihiris
2 sudu makan tauchu
1 sudu kecil pes asam jawa
1/2 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Tauhu dan ikan bilis digoreng. Tos dan ketepikan.
Tumis semua bahan yang telah dihiris hingga layu.
Masukkan tauchu dan ikan bilis goreng.
Masukkan air dan pes asam jawa. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan tauhu dan kacau rata hingga sedikit pekat.
Sedia dihidang.

Sunday, November 11, 2012

Ayam Masak Merah



AYAM MASAK MERAH
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
16 ketul ayam
1 biji bawang besar - dihiris
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 in lengkuas*
4 biji buah keras*
1 sudu besar ketumbar* - semua* bahan dikisar
3 biji tomato dihiris
2 batang serai - diketuk
2 pokok daun ketumbar - dihiris
1/ 2 cawan cili kisar
1 cawan tomato sos
2 sudu besar susu cair
1/2 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Ayam diperap bersama garam dan kunyit kemudian digoreng.
Tumis bawang besar, bahan yang dikisar dan cili kisar hingga wangi.
Masukkan serai dan daun ketumbar.
Masukkan sos tomato, susu cair dan sedikit air. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam dan daun ketumbar. Gaul rata.
Sedia dihidang.




Acar Timun & Nenas



ACAR TIMUN & NENAS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1/2 biji nenas - hiris
1 batang timun - dihiris
1/2 batang carrot - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
3 biji ciliapi merah - dihiris
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukupnya

Semua bahan disatukan.
Gaul hingga rata.
Sedia dihidang.

Nasi Jagung



NASI JAGUNG
Dari Dapur : Zalinah@ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 cawan beras Basmathi
1 biji bawang besar - dihiris
4 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 halia* - semua bahan dikisar
1 cawan jagung biji
1 pokok daun ketumbar
2 helai daun pandan
2 batang serai - diketuk
Rempah Tumis - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
4 sudu besar minyak jagung
2 sudu besar minyak sapi
3/4 cawan susu cair
5 cawan air
Garam secukupnya

Cara-cara :
Masukkan beras yang telah dicuci dan toskan kedalam periuk nasi elektrik.
Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis bahan yang bawang besar, rempah tumis, daun pandan , serai, daun ketumbar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan kedalam periuk yang berisi beras.
Masukkan susu cair, air dan garam kedalam periuk nasi tadi.
Tekan dan biar nasi sehingga masak.
Sedia dihidang.


Makan bersama ayam masak merah dan acar timun & nenas..
Selamat mencuba..

Kek Coklat Tanpa Telur



Assalamualaikum semua..

Kek Coklat Tanpa Telur.. kek yang diminati anak-anak.. cuti sekolah ni semua ada dirumah.. kalau buat pun berbaloi jugak.. sekejap je habis.. ulang-alik makan kek.. Saya menjenguh di dapur Rahel yang nampak begitu tertarik dengan resepinya yang mudah.. Terimakasih Rahel berkongsi resepi kek yang sedap ini.. cuma akak tidak pandai menhias kek... setakat letakkan topping macam diatas boleh la.. :)

KEK COKLAT TANPA TELUR
Dari Dapur : Rahel

Bahan-bahan :
1 3/4 tepung kek*
1/4 serbuk koko*
1 sudu teh soda bikarbonat* - semua bahan*diayak
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar jus lemon
1 cawan susu segar dari petisejuk

Cara-cara :
Ayak tepung, serbuk koko dan soda bokarbonat.
Tambahkan gula dan garam.
Masukkan esen vanila dan minyak jagung.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan tidak bergentil. Masukkan jus lemon. Kacau rata.
Tuang kedalam loyang bulat 7" .
Bakar di dalam oven dalam 170C selama 50 minit sehingga masak.

Untuk topping :
225 gm coklat masakan
150 ml whipping cream
25 gm butter

Masakkan semua bahan secara double boiler hingga adunan semua sebati.
Biarkan seketika baru disalut diatas kek.
Hiaskan ikut citarasa sendiri.


Laksa Goreng Tomyam



LAKSA GORENG TOMYAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 kg laksa basah - dicuci dan tos
2 kelopak kobis - dihiris halus
1 pokok daun ketumbar
10 biji tomato ceri
4 helai daun limau purut - dihiris halus
2 biji limau - ambil jusnya
2 biji bawang besar - dicincang
6 ulas bawang putih - dicincang
300 gm isi ayam - dipotong kecil
150 gm bebola ikan - dihiris
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos thai
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
4 sudu besar kicap manis - secukupnya
Garam dan gula - secukupnya

Cara-cara :
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar. Kacau sebati.
Masukkan semua sos, ayam dan bebola ikan. Perasa garam dan gula secukupnya.
Masukkan laksa dan taungkan kicap dan sos ikan. Gaul rata dan tutup api.
Masukkan kobis, daun ketumbar dan tomato dan gaul sebati. Perahkan limau.
Sedia dihidang.

Friday, November 09, 2012

Cucur Kelapa Manis



CUCUR KELAPA MANIS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/4 cawan air

Cara-cara ;
Satukan tepung, kelapa parut, gula, garam dan soda bicarbonat. Gaul sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul hingga adunan sebati.
Biarkan adunan dalam 15 min.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuninggan.
Sedia dihidang.

Tuesday, November 06, 2012

Hati Masak Rempah



Assalamualaikum semua..

Hati Masak Rempah.. salah satu lauk untuk tengahari ini.. walaupun anak-anak kurang menyukainya terpaksa juga masak.. hati lembu ini saya dapat dari ibu saudara pada hari raya Aidiladha yang lalu.. sedap masak berempah ini lebihkurang rasanya macam rendang cuma tidak menggunakan santan.. Kalau hendak mencuba boleh lihat resepi ini..

HATI MASAK BEREMPAH
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

1/2 kg hati lembu - dipotong
1 biji bawang besar - dihiris kasar
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 in halia*
1 sudu besar ketumbar*
1/2 sudu besar jintan manis* - semua bahan*dikisar
 1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
1 pelepah daun kari
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugur
1/2 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Tumis bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi .
Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, rempah kari dan serai. Kacau hingga sebati.
Masukkan hati dan asam gelugur. Tuang sedikit air. Gaul hingga hati masak.'
Masukkan bawang besar hiris, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sedikit kering.
Sedia dihidang.



Monday, November 05, 2012

Apam Pisang



APAM PISANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 cawan pisang lencek - pisang emas
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil sodabicarbonat
1 sudu kecil garam
3/4 cawan gula - saya kurangkan sedikit dari 1 cawan
1 cawan susu cair

Cara-cara :
Semua bahan disatukan dan gaul hingga semua bahan sebati.
Tutup bersama kain dan biarkan sehingga 2 jam.
Panaskan pengukus. Letakkan kertas kek kedalam acuan lompang dan tuang adunan pisang tadi.
Kukus sehingga masak lebihkurang 15 min.
Sejukkan baru dihidang.


Sambal Goreng Tempe



SAMBAL GORENG TEMPE
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 bungkus tempe - potong dadu dan goreng
1/2 cawan kacang - digoreng
1/2 cawan ikan bilis kecil - digoreng
1 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
3 batang cili kering - digunting halus
2 sudu besar cili kisar
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Cara-cara ;
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga garing.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Tuang semua bahan yang digoreng dan kacau hingga kering.
Sedia dihidang.

Sunday, November 04, 2012

Nasi Dagang Kelantan & Gulai Ikan Tongkol



Assalamualaikum semua...

Nasi Dagang Kelantan & Gulai Ikan Tongkol.. menu untuk tengahari.. memandangkan beras nasi dagang yang telah lama berada didalam petisejuk tu.. hari ini juga merajinkan diri untuk memasaknya.. ianya juga adalah kesukaan anak-anak selain nasi kerabu.. nasib baik juga mereka semua pandai memakannya walaupun keluarga mereka bukan asal orang Kelantan.. saya pun belajar dari kawan berasal dari Kelantan.. dulu duduk merantau bercampur dengan kawan dari mana-mana negeri sambil belajar masakan dari mereka..
Resepi ini pun saya olahkan sedikit untuk selera saya dan keluarga..

NASI DAGANG KELANTAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 cawan beras nasi dagang - rendam semalaman
1 cawan beras pulut - rendam semalaman
8 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia* - semua bahan*dimayang halus
2 sudu kecil halba
Santan cair secukupnya
Santan pekat secukupnya
Garam secukupnya

Rendam beras nasi dagang dan beras pulut semalaman. Cuci dan toskan.
Kukus bersama santan cair hingga separuh masak. Gaul sebati.
Angkat dan masukkan kedalam bekas dan gaul bersama santan pekat, garam, bawang merah, bawang putih dan halia. Gaul sebati. Masukkan halba. Kukus sekali lagi hingga masak.
Sedia dihidang.

GULAI IKAN TONGKOL
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 ekor ikan tongkol - dipotong
12 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 in kunyit*
1 1/2 in halia*
1 in lengkuas* - semua bahan*dikisar halus
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar rempah kari ikan
3 keping asam gelugur
5 cawan santan atau secukupnya
Ciliapi merah secukupnya
Garam dan sedikit gula.

Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar,serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan rempah kari. Gaul hingga naik minyak.
Masukkan santan, asam keping dan kerisik.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Setelah mendidih masukkan ikan dan kacau.
Sedia dihidang.


Thursday, November 01, 2012

MAJALAH JELITA - NOV 2012



Terimakasih untuk MAJALAH JELITA..

Alhamdulillah.. walaupun dikira baru memasuki dalam bidang blog masakan.. telah diterima blog saya dikenalkan kepada pembaca majalah ini.. kepada rakan-rakan yang lain tahniah juga diucapkan.. Air Tangan Reen Khan - http://reenkhan7067.blogspot.com dan My Small Kitchen - http://hazila.blogspot.com.. semoga berjaya dan terus berjaya.. Amin.


Terimakasih untuk para pembaca dan blogger2 masakan.
Salam sayang untuk semua.. :)

 

Wednesday, October 31, 2012

Ayam Masak Kicap



Assalamualaikum..

Ayam Masak Kicap.. lauk yang digemari kebanyakkan kanak2.. kalau dalam rumah saya semuanya tidak kira dewasa pun mengemarinya.. masakan yang mudah, ringkas dan sedap.. kira selalu juga saya masakkan untuk keluarga kalau dah tak tau ayam nak masak apa.. :)

AYAM MASAK KICAP
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
10 ketul ayam*
1 sudu makan serbuk kunyit*
Garam secukupnya* - Semua bahan*disatukan dan perap
1 biji bawang besar - dihiris
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu jintan manis* - semua bahan* ditumbuk lumat
2 sudu besar cili kisar
Rempah tumis - kulit kayu manis. bunga lawang, bunga cengkih
3 biji cili hijau - potong memanjang
Kicap manis- secukupnya
Tomato ceri
Daun bawang
Sedikit air - jika perlu
Garam & gula secukupnya

Cara-cara :
Ayam yang diperap digoreng separuh masak. Ketepikan.
Tumis bawang besar, rempah tumis dan bahan yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cilikisar.
Masukkan ayam dan kicap. Gaul sebati. Jika pekat masukkan sedikit air.
Masukkan cili hijau, tomato, garam dan gula secukupnya. Gaul rata. Taburkan sedikit daun bawang.
Sedia dihidang.

Friday, October 26, 2012

Kek Coklat Kukus



Assalamualaikum..

Selamat menyambut hariraya Aidiladha semua.. menu apakah yang disediakan untuk famili dipagi hariraya ini? Saya menyediakan kari kambing makan bersama roti gandum sahaja dan ada sedikit rendang ayam dan lemang.. tapi kari kambing tak dapat untuk diambil gambar kerana terlalu sibuk sekali pagi tadi.. hanya kek coklat kukus sahaja dapat saya berkongsi bersama.. resepi kek ini saya ambil dari dapur Azie Kitchen
Terimakasih Azie kerana berkongsi kek yang sedap dan lembab ini.

KEK COKLAT KUKUS
Dari Dapur : Azie Kitchen

Bahan-bahan :
1 tin susu cair*
200 gm minyak sayuran*
250 gm susu pekat manis*
100 gm serbuk koko* - semua bahan*dimasak hingga semua bahan larut

4 biji telur
250 gm gula kaster
150 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh sodabikarbonat* - semua bahan*diayak

Cara-cara :
Panaskan pengukus yang berisi air.
Semua bahan yang dimasak diatas api perlahan sehingga semua bahan larut dan licin. Tidak perlu mendidih. Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang kemudian masukkan gula dan pukul sebati.
Tuang adunan yang telah dimasak kedalam adunan telur dan kacau sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga kacau rata.
Masukkan kedalam loyang  yang dilapik kertas minyak dan sapu sedikit butter.
Kukus sehingga 1 jam.
Sejukkan dahulu baru dikeluarkan dari loyang.


Tuesday, October 23, 2012

Chocolate Chips Cookies



CHOCOLATE CHIPS COOKIES
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
250 gm butter
150 gm brown sugar
2 biji kuning telur
1 sudu kecil butter vanilla
350 gm tepung gandum*
15 gm koko powder*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh garam halus* - ayak bersama
150 gm chocolate chips
150 gm badam cincang

Cara-cara :
Pukul butter dan brown sugar hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul hingga rata.
Masukkan tepung, koko, baking powder dan garam dan gaul hingga menjadi doh lembut.
Masukkan choc chips dan badam cincang. Gaul rata. Biar doh dalam 15 min.
Sudukan adunan keatas loyang hingga habis untuk dibakar.
Bakar dalam 180C dalam 20 min.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...