Sunday, February 02, 2014

Nasi Ayam Sos Lada Hitam



NASI AYAM SOS LADA HITAM - 7 orang
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan untuk sup ayam :
1 ekor ayam - dipotong 4
2 1/2 liter air
1 biji bawang besar - dicincang
6 ulas bawang putih - dicincang
2 1/2 in halia - dihiris
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Bawang goreng - secukupnya
1 kiub pati ayam Maggi
Garam secukupnya

Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan ayam, bawang, halia, garam, kiub ayam dan air kedalam periuk.
Masak hingga mendidih sehingga ayam empuk.
Masukkan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
Ketepikan

Untuk Ayam :.
Angkat ayam dari periuk.
Lumurkan dengan sedikit sos tiram, kicap dan madu.
Bakar didalam oven sehingga kulit ayam keemasan.
Potong kecil dan hidangkan. 

Bahan untuk nasi ayam ;
4 cawan beras - direndam 15 minit dan toskan
5 1/2 cawan sup ayam
4 ulas bawang putih -dicincang
1 in halia - dihiris
2 helai daun pandan
1 batang serai - dititik
3 sudu besar butter
Garam secukupnya

Masukkan beras kedalam periuk letrik
Masukkan semua bahan kedalam periuk nasi dan kacau rata dan tekan. Biarkan nasi masak.
Gaul dan sedia dihidang.

Bahan untuk kuah sos lada hitam:
2 cawan sup ayam
1/4 cawan kicap
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan lada hitam tumbuk
2 sudu kecil tepung jagung - gaul dengan sedikit air
Garam dan gula secukupnya

Satuka kesemua bahan kedalam periuk.
Masakkan kuah hingga mendidih dan pekat.
Tuang ke atas ayam yang telah dipotong.

Bahan-bahan lain :
Salad
Timun
Tomato




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...