Monday, August 08, 2011

Nasi Ayam Panggang Berempah


Assalamualaikum..

Nasi Ayam Panggang Berempah.. menu berbuka hari ini.. kalau buat nasi ayam saya suka memanggang ayam.. kalau digoreng ianya memerlukan banyak minyak.. lgpun pembuatannya mudah dan cepat.. kita cuma perap beberapa jam kemudian panggang didalam oven.. sambil memanggang kita boleh melakukan kerja yang lain..


Ayam panggang ini tidak memerlukan pembakaran yg lama kerana sebelum tu saya merebusnya untuk mendapatkan rasa sup ayam.. Jika kawan2 ingin mencubanya nasi ayam panggang lihat resepi dari saya ini.. insyallah memang sedap..


Sup ayam, sos cili dan sos blackpapper..

Bahan utk sup:
1 ekor ayam dibelah empat
Air secukupnya
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia* (Semua bahan dihiris)
1 bungkus sup bunjut
1 sudu makan rempah sup
1 kiub pati Maggi
Garam secukupnya
Daun sup & daun bawang

Tumis semua bahan yang dihiris dan rempah sup hingga wangi.
Masukkan air, garam dan sup bunjut.
Masukkan air yg dibelah empat dan biar ayam separuh masak dan mendidih. Angkat ayam. Ketepikan.
Rasa garam secukupnya. Biarkan.

Bahan untuk perap ayam:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan rempah kari
1 tangkai daun ketumbar
2 sudu makan madu
Garam dan sedikit gula

Semua bahan hendaklah dikisar. Kemudian perapkan bersama ayam tadi selama 2 jam.
Bakar didalam oven sehingga masak dan kekuningan.
Keluarkan kemudian potong ikut citarasa sendiri.

Bahan utk nasi ayam:
4 cawan beras dicuci kemudian ditos
2 sudu makan butter
5 1/2 cawan air sup ayam
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Tuang beras kedalam periuk nasi. Tuang air sup ayam kedalamnya.
Masukkan daun pandan dan butter kemudian tanak nasi hingga masak.

Bahan utk sos cili:
5 biji cili merah*
3 ulas bawang putih* (Semua bahan*dikisar)
3 sudu makan cili sos
1 sudu kecil cuka
garam & gula

Satukan semua bahan dan kacau diatas api perlahan. Rasa garam dan gula secukupnya.
Sos hitam saya menggunakan sos lada hitam sahaja


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...