Tuesday, April 26, 2011

Mee Goreng Basah

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Dah makan malam ke? Menu saya malam ni simple aje.. Mee Goreng Basah..
Kebanyakkan semua dah tau kan resepi ni.. mungkin ada kelainan sikit kot pada bahan2nya.. hari2 makan nasi pun jemu jugak kan.. tukar2 menu la makan mee pulak.. Selalunya kalau saya goreng mee kuning tak letak garam sikit pun kerana bahan spt sos dan kicap semua telah menambah rasa masin..
Ok la mari kita jamu selera..


Bahan-bahan-
2 bungkus mee kuning
1 mangkuk isi ayan dihiris nipis
1 bungkus fishball dihiris
1 kiub pati ayam
2 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
4 sudu besar cili kisar - tambah jika hendak pedas
2 sudu makan sos tiram
4 sudu besar cili sos
Sedikit air
Kicap manis secukupnya
Taugeh
Daun sup dan daun bawang
Tomato
Bawang goreng

Cara-cara-
Mee kuning dicuci dan toskan.
Tumis semua bawang dan cili kisar hingga naik bau. Masukkan ayam dan fishball.
Masukkan sos tiram dan cili sos dan kacau. Tambah jika pekat.
Masukkan mee dan taugeh sambil gaul rata baru tuangkan kicap secukupnya.
Tutup api dan letakkan daun bawang, tomato dan bawang goreng.
Siap untuk dihidang.

4 comments:

  1. Bestnya mee goreng basah ni...hubby kak cek tak berapa nak suka makan2 mee ni...jadi makan malam mesti menu wajibnya nasi...hu hu...

    ReplyDelete
  2. memang masak je ke kak..hee

    ReplyDelete
  3. cik cek.. saje je mlm ni tukar menu.. anak2 ngap je.. :)

    Yan.. dh jd surirumah sepenuhmasa.. ni la rutin tiap2 hari.. susah nak cuti.. hehe

    ReplyDelete
  4. Ala lapar terus perut ita bila singah sini malam2...
    sedapnyer kalau dapat merasa sepinggan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...