Tuesday, August 09, 2011

Donut Pisang


Assalamualaikum..

Hari ini buat donut untuk habiskan pisang semalam.. semalam buat kek ada lebih pisang, lecek2 tak tau nak buat apa.. penghabisan donat jadinya.. hasilnya mmg sedap, lembut, gebu dan wangi bila digoreng..

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
2 sudu makan gula
2 sudu besar susu tepung
11 gm yeast
1 biji telur
50 gm butter
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 cawan pisang lecek - saya guna pisang emas
1/4 cawan air (- +) - ikut kelembutan

Cara-cara:
Yeast dilarutkan beersama sedikit air.
Satukan semua bahan kecuali pisang lecek dan air. Gaul sebati.
Masukkan pisang lecek dan air sikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut.
Rehatkan doh sebentar dlm 20 minit.
Uli dan bulat2kan dalam 35 gm sehingga habis. Tutup dgn kain lembap .
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Salut bersama gula aising.
Sedia dihidang.

3 comments:

  1. Mesti tuan blog ini rajin memasak kuih.

    ReplyDelete
  2. Baru akk tau pisang pun boleh buat donut, klu ada pisang nnti nk cuba buat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...