Tuesday, November 27, 2012
Nasi Lemak Kuning
Assalamualaikum..
Nasi Lemak Kuning.. kali ini saya masak secara tumis dan letakkan sedikit serbuk kunyit.. rasa lebih sedap kerana tumisan bawang, halba, serai dan daun pandan membuatkan nasi lemak ini lebih wangi..
NASI LEMAK KUNING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
3 cawan beras Basmathi - direndam 1/2 jam dan toskan
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia* - semua bahan*dihiris
2 batang serai diketuk
3 helai daun pandan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh halba
4 1/2 cawan santan
Garam secukupnya
Cara-cara :
Masukkan beras dan santan kedalam periuk elektrik. Biarkan.
Panaskan kuali dan tumis bahan yang dihiris, serbuk kunyit, serai, halba dan daun pandan hingga wangi.
Masukkan bahan yang ditumis kedalam periuk yang berisi nasi. Masukkan garam secukupnya dan kacau rata.
Tekan dan biar nasi hingga masak.
Sedia dihidang.
Bahan bahan lain :
Sambal tumis
Telur
Timun
Ayam goreng
Kacang
Ikan bilis goreng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sudah tentu sedap...
ReplyDeleteSemestinya sedap Rahel.. ditumis dahulu aromanya wangi sekali..
ReplyDeletewah disini pun nasi lemak jugak macam nak makan lagi sekali ni kat sini LIna heee
ReplyDeleteTerbau sampai sini, sedapnya...
ReplyDeletesalam lina.., nmpk cntik kalernya kuning pasti sedap.. esok2 nak buat jugak lah..!
ReplyDeletesalam kenal dan berziarah disini..:)
ReplyDeletesama mcm umah kak nor nie..ada nasi lemak..wahh best..
Sedap ni... rasa lebih special.
ReplyDelete