Monday, February 10, 2014

Sotong Kangkung



SOTONG KANGKUNG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 ikat kangkung - dipotong
2 ekor sotong kembang - dipotong

Bahan kuah :
1 in belacan
10 biji ciliapi - tumbuk lumat
3 sudu besar petis udang
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan cili kisar
1/4 cawan air
Garam dan gula secukupnya
2 sudu makan bijan
1 cawan kacang - digoreng dan ditumbuk

Cara-cara :
Kangkung dan sotong dipotong kemudian dicelur. Ketepikan.
Satukan semua bahan untuk membuat kuah.
Masakkan diatas api perlahan sambil dikacau hingga larut dan mendidih dan sedikit pekat.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan bijan.
Letak kangkung dan sotong didalam pinggan.
Tuang kuah dan taburkan sedikit kacang tumbuk.
Sedia dihidang.



1 comment:

  1. Masyaallah sedap ni..insyaallah esok nak cuba buat...makasih ya...share resepi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...