Saturday, November 17, 2012

Soto Daging & Tulang



Soto Daging & Tulang.. menu tengahari.. lama juga tak makan soto daging bercampur tulang ni.. hari minggu begini baru dapat membuatnya kerana semua ada di rumah.. lagipun dengan keadaan cuaca hujan ini sedap dan nyaman rasanya dapat menghirup sup panas..



SOTO DAGING & TULANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan untuk kuah soto :
1 kg daging
1 kg tulang berdaging
1 biji bawang besar - dihiris
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 in lengkuas*
1 sudu besar ketumbar*
4 biji buah keras* - semua bahan dikisar
2 sudu besar rempah soto
4 batang serai - diketuk
Rempah tumis - 4 sekawan
1 bungkus sup bunjut
Air secukupnya
Garam secukupnya

Bahan-bahan lain :
Nasi impit
Taugeh
Carrot disagat
Daun sup & bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Cili kicap

Cara-cara :
Tumis bahan yang dikisar dan rempah ratus hingga wangi. Masukkan serai dan rempah soto.
Tuang air secukupnya.
Masukkan sup bunjut, daging dan tulang. Perasakan garam secukupnya.
Masak hingga daging empuk. Angkat daging dan potong nipis untuk dimakan bersama nasi impit.
Masukkan sedikit daun bawang, daun sup dan bawang goreng kedalam kuah soto.
Sedia dihidang.


2 comments:

  1. Sedapnya! sesuai betullah hirup kuah sooto daging tulang time hujan gini....

    ReplyDelete
  2. sedapnya soto, akak mmg suka sngt soto, hari-hari mkn pun tak per.., suka tengok hasil tangan lina cntik2 kueh-muehnya, menjadi sangat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...