Wednesday, July 13, 2011

Talam Keladi


Assalamualaikum..

Talam Keladi ni petang semalam saya membuatnya.. Rasa yang sedap, lemak dan lembut.. ianya juga tidak beberapa manis..
Jika nak mencubanya jom lihat resepi ni..

Bahan-bahan utk bhg bawah:
3 1/2 cawan santan
1 3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu
1/2 cawan gula
Sedikit garam
1 cawan keladi yg telah dipotong dadu dan dikukus @ direbus

Panaskan pengukus dan masukkan loyang yang telah dialas plastik.
Campurkan santan, keladi gula dan garam kemudian ditapis.
Kacau atas api perlahan sehingga keluar wap.
Masukkan kedalam loyang 9"x9" dan kukus selama 10 minit.

Bahan-bahan utk bhg atas:
3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
2 biji telur
1/4 cawan gula
Sedikit garam
Pewarna purple @ pes keladi

Campurkan santan, telur, gula, pewarna dan garam kemudian ditapis.
Kacau diatas api perlahan hingga keluar wap.
Sebelum masukkan adunan ini garis2kan bhg bawah yang dikukus dgn garfu.
Tuang adunan diatas bhg bawah.
Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dahulu baru dipotong.

4 comments:

  1. bestnya..suka talam keladi.

    ReplyDelete
  2. Zalinah...sukatan 1 3/2 tu..banyak mana?Sukatan utk bhg bawah (tepung beras),,boleh terangkan?Rasa2 nk buat,sebab Kak Noor suka talam keladi tu.Lepas tu nk tanya..guna loyang berapa in?

    ReplyDelete
  3. Pagi Lina,

    haaa kalau dekat kak nur minta 2 ketui nk buat breakfast...perut akak pun dh keroncong nie...hehe

    ReplyDelete
  4. nonierahman.. mmg sedap lemak manis kuih ni.. boleh la try.. :)

    norsafone... opsss sorry salah taip 3/4 bukan 3/2.. hehe.. saya dah perbetulkan.. kalau sukat cawan saya pakai 9"x9" loyang... ketinggian kuih ni cantik..

    nuridah.. kalau dpn mata boleh bagi kan.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...