Tuesday, July 05, 2011

Moist Eggless Choc-Cake

Kek ni mmg sedap dan moist sekali..  Cara pembuatannya pun mudah dan tidak menggunakan telur dan butter..


Bahan-bahan:
2 cawan tepung
3/4 cawan serbuk koko
2 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonet
4 camca besar susu tepung
* Semua bahan disatukan dan diayak

2 cawan brown sugar
1 cawan minyak jagung
2 1/4 air sejuk ( dari petisejuk)
2 camca teh esen vanilla
1 camca teh chocolate emulco
Secubit garam
2 camca teh sunquick oren atau jus lemon ( Saya guna sunquick oren)

Satukan semua bahan yang diayak bersama brown sugar dan garam kedalam bekas. Gaul rata.
Tuang air, minyak dan esen vanilla sedikit demi sedikit sambil kacau dgn menggunakn whisk sehingga sebati.
Masukkan sunquick dan kacau rata.
Masukkan adunan kedalam loyang 7x7 dan bakar 170C selama 45 minit atau sehingga masak.Kalau menggunakkan cup cake dlm 20 min sahaja.
Sejukkan dahulu baru dipotong. Jika suka boleh dihias dgn toping kegemaran masing2.

2 comments:

  1. salam kak...


    baru je try, baru masak, makan panas-panas...yum!!

    saya bake dalam muffin tin. cepat dan comel2 je.Thanks for the recipe!

    ReplyDelete
  2. As'salam Lina

    macam nak kuis2 ganache yang meleleh tu, lama juga ct tak buat kek ni. anak2 bujang tu tak gemar sangat. agaknya dah muak kot sebab mama dia ni asik buat kek jer dulu :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...