Tuesday, July 05, 2011

Jemput-jemput Pisang


Assalamualaikum..

Dah dua hari membeli pisang.. baru hari ini kesempatan dapat membuatnya..  Jemput-jemput Pisang adalah menu sarapan pagi tadi.. gebu dan lembut.. tidak perlu mengunakan banyak gula kerana kemanisan pisang dah terasa..


Bahan-bahan:
2 cawan pisang yang telah dilenyek (saya guna pisang emas)
1/4 cawan gula
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 sudu teh soda bicarbonat
Sedikit garam

Cara:
Lenyekkan pisang bersama gula hingga hancur.
Satukan tepung dan soda bicarbonat dan garam kemudian masukkan kedalam pisang yang telah dilenyek dgn gula.
Gaul hingga rata dan sebati.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuninggan.
Tos dan sedia dihidang.

1 comment:

  1. sedapnye jemput2 ni. ada sebijik je lagi pisang montel ni. boleh kot nk buat sikit jejemput. sampai skrg sy masih tak pandai nk buat jemput yg bulat2 elok kak lina buat ni. comel aje...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...