Friday, October 05, 2012

Telur Dadar Gulung



TELUR DADAR GULUNG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji cili merah - dicincang
1 sudu teh lada hitam tumbuk
Daun sup & daun bawang
1/2 sudu serbuk pati ayam
Garam secukupnya

Cara-cara:
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Panaskan pan tidak melekat dan tuangkan sedikit minyak.
Tuang adunan biar sedikit masak dan gulung didalam kuali.
Angkat dan biar sejuk baru dipotong.
Sedia dihidang.



Sambal Tumis Sotong Kurita



SAMBAL TUMIS SOTONG KURITA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 ekor sotong dipotong dan dicuci
1 biji bawang besar - dihiris
4 biji bawang merah*
1 in belacan*
2 sudu makan udang kering* - Semua bahan*dikisar halus
2 cawan cili kisar
2 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Cara-cara :
Sotong dipotong dan dicuci. Toskan.
Tumis bawang besar hingga layu.
 Masukkan semua bahan yang dikisar dan kacau hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan asam gelugur. masak hingga naik minyak dan garing.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan sotong dan kacau sampai sotong masak. Tutup api.
Sedia dihidang.


Thursday, October 04, 2012

Ayam Kari Tanpa Santan



Assalamualaikum semua..

Ayam Kari Tanpa Santan.. hari ini saya ingin bertukar selera pula masak kari tanpa santan.. lagipun tiada stok santan dirumah tu masak apa yang ada.. sedap seperti kari biasa yang kita buat.. kalau sesiapa tengah berdiet tu boleh mencuba resepi ini..

AYAM KARI TANPA SANTAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
12 ketul ayam
4 biji kentang dibelah 
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 in kunyit*
1 in lengkuas* - semua bahan*dikisar halus
2 biji bawang besar dibelah 4
1 pelepah daun kari
Rempah Tumis - 4 sekawan
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan tomato sos
2 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya

Cara-cara :
Tumis bawang besar, daun kari, rempah tumis dan semua bahan yang dikisar halus hingga naik minyak.
Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau hingga garing.
Masukkan ayam, kentang, asam gelugur dan sos tomato. Kacau rata hingga ayam kecut.
Masukkan sedikit air, garam dan gula secukupnya. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
Sedia dihidang.

Nasi Goreng Cili Api



Assalamualaikum semua..

Nasi Goreng Cili Api.. memandangkan ada lebihan nasi supaya tidak membazir.. saya menyediakan nasi goreng untuk sarapan pagi.. ringkas tapi mengenyangkan..

NASI GORENG CILI  API
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 cawan nasi sejuk
2 biji bawang besar - dicincang
5 ulas bawang putih - dicincang
10 biji cili api merah  - ditumbuk
Segenggam ikan bilis dicuci - ditumbuk
1 in belacan
1 sudu kecil sos ikan
2 sudu makan kicap manis
Garam secukupnya

Cara-cara :
Tumis semua bahan yang dicincang, bahan ditumbuk dan belacan hingga garing.
Masukkan telur dan kacau rata.
Masukkan nasi, sos ikan, kicap manis dan garam. Gaul hingga rata.
Sedia dihidang.



Wednesday, October 03, 2012

Tilapia Merah Bersos Thai



TALAPIA MERAH BERSOS THAI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 ekor ikan talapia merah
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 in halia muda*
6 biji ciliapi merah* - semua bahan*dihiris halus
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
3 sudu besar sos thai
2 helai daun limau purut - dihiris
1 pokok daun ketumbar - dihiris
1 biji limau purut - ambil jusnya
Garam & Gula secukupnya

Cara-cara :
Ikan talapia dilumur kunyit dan garam kemudian digoreng dahulu. Biarkan.
Tumis semua bahan yang dihiris hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau.
Masukkan sos tiram, sos ikan dan sos thai. Kacau rata.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan jus limau, daun limau purut dan daun ketumbar.
Tuang keatas ikan talapia yang telah digoreng tadi.
Sedia dihidang.

Kobis Cina & Udang Masak Lemak



KOBIS CINA & UDANG MASAK LEMAK
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
350 gm kobis cina dipotong
250 gm udang
1/2 batang carrot dihiris bulat
5 cawan santan
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 in halia muda*
1 biji cili merah* - (semua bahan*dihiris)
1 sudu lada hitam yang ditumbuk
Garam secukupnya

Cara-cara:
Masukkan santan, lada hitam yang telah ditumbuk, garam dan semua bahan yang dihiris halus kedalam periuk. Kacau hingga mendidih.
Masukkan udang dan carrot.
Masukkan kobis cina dan kacau. Tutup api.
Sedia dihidang.


Tuesday, October 02, 2012

Sup Ayam Pedas



Assalamualaikum semua..

Sup Ayam Pedas.. menu untuk makan malam ni.. cuaca panas menghirup sup macam ni memang selera.. terasa pedas  dgn cili api merah dan masam jus limau.. mudah saja menyediakannya dan pasti anak2 pun suka..

SUP AYAM PEDAS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 batang carrot - dipotong
2 biji kentang - dipotong
1 pokok daun ketumbar - dihiris
Bawang goreng secukupnya
5 - 6 biji cili api merah - diketuk
2 helai daun limau purut
2 biji limau nipis - ambil jusnya
3 biji bawang besar - dihiris kasar
4 biji bawang putih - dicincang
1 in halia muda - dicincang
1 sudu makan rempah sup
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis dengan minyak sedikit sahaja bawang besar dan bahan yang dicincang hingga layu.
Masukkan rempah sup dan kacau.
Masukkan ayam, kentang dan carrot. Tuang air secukupnya.
Kacau hingga ayam dan bahan2 lain empuk.
Masukkan cili api, jus limau, daun limau, kiub pati ayam dan garam. Biar mendidih.
Tutup api dan masukkan daun ketumbar dan bawang goreng
Sedia dihidang.

Carrot Cake



Assalamualaikum semua..

Carrot Cake.. sedap dimakan panas2.. banyak kali juga menggunakan resepi ini kerana sedap dan lembap.. tetapi saya tidak membuat topping kerana kurang menyukainya hanya menabur gula aising saja.. Resepi ini juga saya ubahkan sedikit untuk mendapatkan citarasa tekak saya.. Alhamdulillah jadi dan sedap dan tidak begitu manis..

Carrot Cake
Dari Dapur : Noor Masni

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum*
2 camcateh baking powder*
1 camcateh sodabikarbonat*
1 camcateh garam halus*
2 camcateh serbuk kulit kayu manis* - satukan dan ayak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan brown sugar
2 1/2 cawan parutan carrot dan toskan airnya
3/4 cawan nenas tin dicincang dan toskan airnya
1 cawan kelapa kering
1 cawan walnut dicincang - bakar sedikit dahulu
 Gula aising secukupnya untuk ditabur atas kek

Cara-cara :
Panaskan oven dalam 175C.  lenserkan loyang 8x8x3 dengan sedikit mentega dan alas bersama kertas minyak.
Dalam satu bekas, masukkan gula, minyak dan telur. Kacau dengan menggunakan whisk hingga rata dan sebati.
Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula hingga rata.
Masukkan carrot, kelapa kering, walnut dan nenas dan gaul sebati.
Tuang kedalam tin pembakar dan bakar selama lebih kurang 50 hingga 1 jam atau masak.
Sejukkan dahulu baru dipotong.



Monday, October 01, 2012

Kek Marble Trio



Kek Marble Trio
Dari Dapur : DTS Mat Gebu

Bahan-bahan:
300 gm butter
280 gm tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder* - satukan dan ayak
5 biji telur gred A
1 camca besar ovellate
250 gm gula halus
30 gm gliserin*
20 ml air* - disatukan dan kacau
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1/2 camca teh rose essence

Cara-cara:
Lenser tin berukuran 8x8x3 dengan sedikit mentega dan alaskan dengan kertas minyak.
Putar mentega hingga pucat pada speed yang sederhana. Masukkan tepung sidikit demi sedikit hingga habis.
Dalam mangkuk yang lain, putar gula halus dan ovellate dan masukkan kelima2 telur. Putar hingga kembang.
Masukkan adunan tepung tadi sedikit2 sambil putar hingga habis. Masukkan bancuhan gliserin dan kacau sebati.
Bahagi adunan kepada 3 bahagian. 1 bhg + coklat emulco dan 1 bhg + strawberry emulco dan 1 bhg rose essence.
Tuang adunan kedalam acuan berselang seli hingga habis.
Bakar dalam oven 175C selama lebihkurang 50 min hingga 1 jam.
Sejukkan dahulu baru dipotong dan hidang.




Saturday, September 15, 2012

Rendang Ayam Tua



Assalamualaikum dan selamat malam..

Rendang Ayam Tua.. hari ni masak rendang ayam tua yang lama ayam tu berada dalam peti sejuk.. belum ada masa sebelum ni.. nak masak ayam tua ni makan masa juga la nak tunggu empuk.. tu asyik tertangguh je nak masak.. Resepi dibawah untuk 2 ekor ayam..

Rendang Ayam Tua
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
2 ekor ayam tua dipotong
1 helai daun kunyit - disiat
2 helai daun limau purut dihiris
2 keping asam gelugur
4 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari
Santan secukupnya
12 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 in halia*
1 1/2 in lengkuas*
1 1/2 in kunyit*
6 btg serai*
6 biji buah keras*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan manis* (Semua bahan dikisar halus)

Cara-cara:
Masukkn bahan yang dikisar, cili kisar, rempah kari dan ayam didalam kuali.
Masukkan sedikit air dan masak hingga ayam kecut.
Masukkan santan, asam gelugur dan kerisik.
Perasakan garam dan gula secukupnya. Masak hingga ayam empuk dan kuah agak kering.
Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
Sedia dihidang.

Friday, September 14, 2012

Bubur Nasi Berdaging



Assalamualaikum semua..

Bubur Nasi Berdaging.. menu tengahari.. ubah selera selalu makan nasi.. saya hidangkan bubur nasi pula, makanan tak kira orang sakit atau sihat pun selera kalau nikamti bubur nasi berdaging ini.. Selalu juga saya membuatnya untuk keluarga kerana semua mengemarinya..

Bubur Nasi Berdaging
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
2 cawan beras dicuci
400 gm daging dicincang
Air secukupnya
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 in halia* ( Semua bahan dikisar)
Rempah tumis
2 sudu makan rempah sup
1 kiub daging
2 sudu besar bawang goreng
1/4 cawan kacang dhal dicuci
1/2 batang carrot dipotong dadu
Daun sup & bawang secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis bahan-bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi kemudian masukkan rempah sup.
Masukkan daging yang dicincang. Tuang air secukupnya.
Masukkan beras dan kacang dhal biar hingga masak sambil selalu dikacau.
Masukkan kiub daging, carrot, bawang goreng dan daun sup serta daun bawang. Kacau rata dan menjadi bubur yang dikehendaki.
Sedia dihidang. Tabur sekali lagi daun sup dan bawang goreng.

Thursday, September 13, 2012

Pancake Pisang



Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pancake Pisang.. sesuai untuk minum pagi atau petang.. lembut dan lemak manis rasanya.. pasti anak2 mengemarinya.. Jom kita lihat resepinya..

Pancake Pisang
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
3 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1 biji pisang dilenyek
1/4 cawan gula
1/4 cawan minyak jagung
2 1/2 cawan susu segar
5 biji pisang dihiris
Sedikit garam

Cara-cara:
Semua bahan disatukan kecuali susu segar dan pisang hiris. Gaul rata.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit.
Dengan menggunakan whisk kacau hingga adunan menjadi halus. Biar adunan dalam 15 minit.
Panaskan kuali yang tidak melekat dan tuang sesenduk adunan pancake.
Letakkan hirisan pisang dan balik2kan sehingga pancake masak.
Sedia dihidang.


Wednesday, September 12, 2012

Biskut Kacang Mazola



Biskut Kacang Mazola.. biskut yang paling saya gemar.. senang, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan..

Biskut Kacang Mazola
Dari dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
750 gm tepung gandum - diayak
600 gm kacang tanah
2 1/4 cawan gula castor
2 cawan minyak jagung Mazola ( + - )
Sedikit garam

Cara-cara:
Kacang tanah dibakar dahulu kemudian sejukkan kemudian dikisar.
Masukkan tepung, kacang tanah yang dikisar, gula castor dan sedikit garam. Gaul rata.
Masukkan sedikit demi sedikit minyak mazola hingga adunan menjadi doh. Perap dalam 1/2 jam.
Bulat2kan atau menggunakan acuan untuk membentuknya.
Letakkan kacang diatas biskut dan sapu kuning telur.
Bakar dalam kepanasan 170C selama 20 min.
Sejukkan dahulu baru masukkan kedalam bekas kedap udara.



Laksa Goreng Tomyam



Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

Laksa Goreng Tomyam.. menu sarapan kami sekeluarga.. selalu goreng mee atau meehoon kali ini beri kelainan pulak goreng laksa.. lebih sedap dari mee kuning.. kalau ingin mencuba lihat resepi dari saya ni..

Laksa Goreng Tomyam
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 kg laksa basah
300 gm isi ayam dihiris
200 gm kobis dihiris halus
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 helai daun limau purut dihiris
5 biji cili api dihiris
Daun salad dihiris
4 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
2 sudu makan udang kering* (Semua bahan dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos ikan
3 sudu besar sos thai
2 sudu makan jus limau nipis
Garam secukupnya

Cara-cara :
Laksa dicuci dan toskan. Ketepikan.
Tumis bahan yang dikisar  dan cili kisar hingga wangi. Letak isi ayam dan gaul hingga ayam masak.
Masukkan pes tomyam, semua bahan sos dan kicap. Perasakan sedikit garam.
Masukkan laksa dan kobis yang dihiris dan perah jus limau. Gaul sebati.
Masukkan semua bahan sayuran yang dihirs dan gaul rata. Tutup api.
Sedia dihidang.


Tuesday, September 11, 2012

Masak Lemak Nenas & Ikan Masin


Assalamualaikum semua..

Masak Lemak Nenas & Ikan masin.. menu tengahari tadi.. sudah lama juga tak makan masakan macam ni.. lebih2 lagi digandingkan dengan sambal belacan dan sedikit ulam.. memang menyelerakan.. Jom lihat resepi yang mudah dan senang disediakan..

Masak Lemak Nenas & IkanMasin
Dari Dapur : Zalinah & Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 biji nenas sederhana kecil dipotong
Ikan masin - ikut suka
1 helai daun kunyit
2 btg serai dititik
1 keping asam gelugur
4 cawan santan
Sedikit garam & gula
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in kunyit*
Sedikit ikan bilis* anggaran 2 sudu makan
6 biji cili api merah*
1 in kunyit* (Semua bahan* ditumbuk halus)

Cara-cara:
Masukkan santan kedalam periuk.
Masukkan bahan yang ditumbuk sambil kacau diatas api perlahan.
Masukkan ikan masin, asam keping, serai dan nenas. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun kunyit sambil kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...