Saturday, September 15, 2012

Rendang Ayam Tua



Assalamualaikum dan selamat malam..

Rendang Ayam Tua.. hari ni masak rendang ayam tua yang lama ayam tu berada dalam peti sejuk.. belum ada masa sebelum ni.. nak masak ayam tua ni makan masa juga la nak tunggu empuk.. tu asyik tertangguh je nak masak.. Resepi dibawah untuk 2 ekor ayam..

Rendang Ayam Tua
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
2 ekor ayam tua dipotong
1 helai daun kunyit - disiat
2 helai daun limau purut dihiris
2 keping asam gelugur
4 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari
Santan secukupnya
12 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 in halia*
1 1/2 in lengkuas*
1 1/2 in kunyit*
6 btg serai*
6 biji buah keras*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan manis* (Semua bahan dikisar halus)

Cara-cara:
Masukkn bahan yang dikisar, cili kisar, rempah kari dan ayam didalam kuali.
Masukkan sedikit air dan masak hingga ayam kecut.
Masukkan santan, asam gelugur dan kerisik.
Perasakan garam dan gula secukupnya. Masak hingga ayam empuk dan kuah agak kering.
Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
Sedia dihidang.

4 comments:

  1. salam x telambat lg yeee ucapan Selamat hari Raya buat akk sekeluarga...sdp tu ada rendang ayam tua......ada nasi impit, nasi minyak pehhh lapo pulak negok pepagini heee

    ReplyDelete
  2. Wasalam.. selamat hari raya juga dari saya.. rendang ni makan dgn apa2 pun sedap.. :)

    ReplyDelete
  3. Wasalam.. selamat hari raya juga dari saya.. rendang memang sedap tapi nak masak mmg lama tambahan ayam pencen cam ni..

    ReplyDelete
  4. Walaupun nak merendangnya kena makan masa, tapi sedaplah rendang kalau guna ayam tua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...