Sunday, March 10, 2013

Kari Kambing Kerisik


  
KARI KAMBING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 1/2 kg daging kambing - dibersihkan
4 biji kentang dibelah empat - direndam
4 biji tomato dibelah
8 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
4 biji cili hijau* - dikisar
4 sudu besar rempah kari - dibancuh dgn air
1 sudu makan rempah ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
2 pelepah daun kari
3 keping asam gelugur
Rempah penumis - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Tumis bahan penumis, daun kari dan semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging, garam dan sedikit santan. Masak hingga empuk.
Masukkan kerisik dan tuang baki santan tadi. Gaul sebati.
Masukkan santan, kentang dan tomato. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.


3 comments:

  1. sedap nya di makan dengan nasi hangat.. slurrp

    ReplyDelete
  2. Dapat cicah dengan roti alangkah enaknya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...