Tuesday, March 05, 2013

Sambal Ayam Ala Jawa



Sambal Ayam Ala Jawa
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
12 ketul ayam - digaul dengan kunyit dan garam
1 biji bawang besar - dihiris
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 sudu kecil lada hitam*
Sedikit belacan* - semua bahan*dikisar
3/4 cawan cili kisar
4 biji tomato - dibelah empat
2 helai daun limau purut - dihiris halus
Garam & gula secukupnya

Cara-cara :
Goreng ayam yang diperap hingga kekuningan.
Tumis bawang besar serta bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak.
Masukkan sedikit air dan buah tomato.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Masukkan daun limau purut yang dihiris. Kacau rata.
Sedia dihidang.


5 comments:

  1. sedapnya resepi ayam ni kak..tgk pn dh terliur2..

    ReplyDelete
  2. as-salam
    mengecurkanlah..mmg npk sedap ayam ni..

    ReplyDelete
  3. emmm sedap nyer...boleh traiiii nanti nih.

    ReplyDelete
  4. salam kenal...aduhai sedapnya sambal ayam ni...nampak menyelerakan betul la...blh cuba ni.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...