Saturday, March 23, 2013

Mee Bandung



MEE BANDUNG
Dari dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan: 
300 gm sotong
300 gm udang
300 gm isi ayam
Mee kuning*
Sawi*
Kobis*
Bunga kobis*
Jagung muda*
Lobak merah* - semua bahan* dibersihkan dan dicelur
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Telur
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 cawan udang kering dicuci* - semua bahan*dikisar
1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
Air secukupnya
3/4 cawan kacang tanah digoreng - dikisar
2 biji kentang direbus -dilenyek halus
Garam & gula secukupnya

Cara-cara :
Semua sayuran dibersihkan dan dicelur.
Tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar hingga wangi.
Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
Masukkan sedikit air, kacang tanah kisar dan kentang yang dikisar.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam, sotong dan udang.
Sedia dihidang.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...