Saturday, October 15, 2011

Laksa Johor



Laksa Johor.. menu kami sekeluarga utk hari ini.. makanan negeri Johor yg skrg telah popular dimerata negeri.. biasanya laksa ni dijamu pada hari raya atau hari tertentu sahaja tapi skrg banyak restoran yang menjualnya.. senang didapati kalau teringin sangat nak makan..  mengguna spaghetti dan sedikit ulam-ulam dan sambal belacan..


Kalau yang biasa membuatnya tidaklah begitu rumit membuatnya.. cuma ikan yang perlu direbus kemudian diambil isinya itu yang membuatkan lama sikit penyediaannya... kalau hendak mencubanya boleh lihat resepi disini... untuk keluarga sedikt boleh kurangkan  1/2 drp bahan2nya..

Bahan-bahan:
1 kg ikan tenggiri / ikan kembung - dicuci dan direbus
8 biji bawang merah*
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 in halia*
2 in kunyit*
1 1/2 in lengkuas*
1/2 cawan udang kering*
6 biji buah keras*
2 sudu makan ketumbar*
6 btg serai* ( Semua bahan*dikisar)
1 1/2 cawan rempah kari ikan - dibancuh dgn sedikit air
1 sudu besar cili kisar
3 sudu makan kerisik
4 keping asam  gelugur
Santan secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Ikan yang telah diasingkan isinya dikisar bersama air rebusan ikan hingga hancur. Biarkan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wanggi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari yg dibancuh air dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, ikan yg dikisar,asam gelugur dan kerisik. Kacau hingga sebati dan mendidih.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.

Bahan-bahan ulaman:
Timun
Taugeh
Bawang merah
Lobak asin
Daun kesom
Daun selasih
Limau kasturi



Kuah yang pekat lagi sedap....


Spaghetti ini perlu direbus bersama sedikit minyak hingga lembut lebihkurang 15 minit kemudian ditoskan.


Selamat mencuba..

4 comments:

  1. Kak ros tak pandai masak laksa johor tapi adik ipar org Johor so dapat la makan.Kak ros suka.

    ReplyDelete
  2. selamat petang kak lina... saya dah lama dok idam laksa johor, tunggu member buat tak jadi2... kena buat sendiri la dah ada resepi ni... tq ya

    ReplyDelete
  3. Kak Ros.. ni dh ada resepi.. boleh la try masak.. :)


    Cheq Sue.. boleh la try akaknya resepi ni.. mesti jadi.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...