Wednesday, October 05, 2011

Nasi Kunyit


Nasi Kunyit.. saya makan bersama ayam kashmir.. mmg sedap.. pada hariraya makan dirumah kawan tu teringin membuatnya.. bahan-bahannya pun mudah sahaja.. rasanya lebihkurang mcm nasi minyak..  tapi warna kuningnya lebih menyerlah lagi dari nasi minyak...

Bahan-bahan:
4 cawan beras Basmathi direndam selama 1/2 jam kemudian toskan
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan serbuk kunyit

Bahan Tumis
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia* ( Semua bahan dihiris)
Rempah tumis (4 sekawan)
2 btg serai diketuk
2 helai daun pandan
Garam secukupnya

Cara-cara:
Masukkan beras yang telah ditos kedalam periuk nasi.
Masukkan air.dan susu cair.
Tumis semua bahan menumis hingga layu. Masukkan kunyit, serai dan daun pandan.
Tuangkan kedalam periuk nasi yg berisi beras.
Tekan dan tunggu hingga nasi masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...