Tuesday, October 23, 2012
Biskut Oat Coklat
Assalamualaikum..
Biskut Oat Coklat.. semalam petang membuatnya.. nak perhabiskan bahan2 semasa hariraya dulu tak habis lagi.. biskut ni simple bahannya tapi sedap dan rangup..
BISKUT OAT COKLAT
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
200 gm butter
120 gm brown sugar
1/2 sudu teh esen vanila
130 gm tepung gandum*
30 gm tepung jagung*
20 gm serbuk koko*
1/2 sudu teh baking powder* - semua bahan*diayak sekali
1/2 sudu teh garam halus
100 gm Quaker Oats Segera
20 gm serbuk badam
Oat secukupnya - untuk salut
Cara-cara ;
Butter, brown sugar dan esen vanila dipukul rata.
Masukkan semua bahan yang diayak dan garam dan gaul hingga rata.
Masukkan oat dan serbuk badam dan gaul hingga menjadi doh lembut.
Biarkan adunan dalam 15 minit.
Bulat2kan dan salut bersama oat dan susun didalam loyang.
Bakar 180C dala 20 min.
Sejuk dahulu baru disimpan dalam bekas kedap udara.
Monday, October 22, 2012
Biskut Suji
Assalamualaikum semua..
Biskut Suji.. biskut zaman sekolah saya lagi kalau hari raya mesti ada di mana2 rumah untuk dihidangkan pada hariraya.. sedap dan rangup dengan dicampur bersama tepung suji.. resepi ini pun saya ambil dari sepupu saya yang mana resepi asal saya sudah hilang.. melihatkan dia meletakkan gambar biskut suji di FB.. membuatkan hati ini ingin mencuba.. terimakasih Linda berkongsi resepi..
BISKUT SUJI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 cawan minyak sapi
1 cawan gula castor
1 cawan tepung suji - tepung Semolina
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanila
Ceri merah untuk hiasan
Cara-cara :
Kecuali minyak sapi, satukan semua bahan lain didalam sebuah bekas dan gaul sebati.
Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
Tutup doh dengan kain dan biarkan doh dalam 15 min.
Bulat2kan seperti guli dan hiaskan cherry merah diatas biskut.
Bakar dalam 180C dalam 20 minit.
Sedia dihidang.
Saturday, October 20, 2012
Nasi Goreng Kicap & Ayam Goreng Tempura
Assalamualaikum semua..
Salam dihujung minggu.. biasanya hujung minggu ada yang rajin dan ada yang kurang rajin untuk menyediakan masakan untuk famili.. hari ini saya teramatlah kurang rajin hanya nasi goreng dan ayam goreng tempura saja yang dapat dihidangkan untuk malam ini.. bukan apa badan tak berapa sihat semenjak cuaca yang tidak menentu ni.. tapi alhamdulillah dapat juga masak walaupun menu yang amat simple ini.. Jom tinjau resepi yang mudah dan main campak2 je bahan-bahannya ni.. :)
NASI GORENG KICAP
Bahan-bahan :
4 cawan nasi
1 biji bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
Segenggam ikan bilis - ditumbuk
6 biji cili api - ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
1/2 kiub pati ikan bilis
Kicap secukupnya
2 biji telur - kacau
Garam secukupnya
Sayur sawi & kobis - dihiris
Bawang goreng - utk tabur
Tumis bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili api hingga layu.
Masukkan sos tiram dan telur.
Masukkan nasi, kicap, garam dan kiub ikan bilis sambil gaul rata.
Masukkan sayur sawi dan kobis. Gaul hingga rata.
Tabur bawang goreng dan sedia dihidang.
AYAM GORENG TEMPURA
Bahan-bahan :
6 ketul ayam*
1 sudu kecil kunyit*
2 sudu besar rempah kari daging*
1 sudu makan lada hitam yang ditumbuk*
Garam secukupnya* - Satukan semua bahan*
1 biji telur - kacau
Tepung tempura secukupnya
Minyak untuk mengoreng
Ayam dan semua bahan* disatukan dan perap. Biar dalam 1/2 jam.
Panaskan minyak didalam kuali.
Ambil ayam salutkan dengan telur diikuti tepung dan masukkan kedalam kuali.
Goreng hingga kekuninggan dan masak sehingga habis.
Sedia dihidang bersama nasi goreng kicap tadi.
Friday, October 19, 2012
Tauhu Goreng Cili
TAUHU GORENG CILI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
4 keping tauhu - potong 4
1 biji bawang besar - dicincang
5 biji cili merah*
5 biji ciliapi merah*
4 ulas bawang putih*
2 sudu makan udang kering* - semua bahan* dikisar halus
Garam & gula secukupnya
Cara-cara :
Tauhu digoreng hingga kekuningan. Ketepikan.
Tumis bawang merah hingga layu.
Masukkan semua bahan yang dikisar dan kacau hingga wangi.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan tauhu dan gaul hingga sebati.
Sedia dihidang.
Daging Goreng Kunyit
DAGING GORENG KUNYIT
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
400 gm daging direbus
150 gm kacang panjang - dipotong
2 biji cili merah - dihiris
2 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 in halia muda - dihiris
1 sudu makan serbuk kunyit
Garam dan sedikit gula secukupnya
Cara-cara :
Daging rebus tadi dihiris nipis.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
Masukkan serbuk kunyit dan daging. Kacau sebati.
Masukkan kacang panjang dan cili merah dan perasakan garam dan sedikit gula.
Sedia dihidang.
Bingka Pisang
BINGKA PISANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
3 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan pisang lecek
2 sudu butter yang dicairkan
2 biji telur - dikacau
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
4 1/2 cawan santan
Cara-cara ;
Satukan tepung, gula, telur, santan, butter cair, pewarna kuning dan garam. Kacau sebati dan tapiskan.
Masukkan kedalam pisang lecek dan kacau hingga sebati.
Tuang kedalam loyang yang disapu sedikit butter 9x9 in dan bakar dalam ketuhar 200C dalam 1 jam.
Sejukkan dahulu baru dipotong. Hidangkan.
Thursday, October 18, 2012
Macaroni Sup Daging
Assalamualaikum semua..
Macaroni Sup Daging.. tengahari ini makan macaroni selalu makan nasi je.. kita tukar menu pulak.. Macaroni ni mmg sedap dimakan bersama sup selain kita mengoreng.. lagipun mudah dimakan.. mana2 yang tekak dah tidak berselera selalu makan nasi.. jom masak macaroni sup ini.. sedappp tau.. :)
MACARONI SUP DAGING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
600 gm daging - hiris nipis
250 gm macaroni atau secukupnya - direbus dan tos
1 batang carrot - dihiris serong
2 batang celery
250 gm bunga kobis
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng secukupnya
6 biji ciliapi merah dihiris
2 biji bawang besar - dicincang
6 ulas bawang putih - dicincang
1 in halia muda - dihiris
2 sudu makan lada hitam tumbuk
1 bungkus sup bunjut
1 kuib pati daging
Air secukupnya
Garam secukupnya
Cara-cara :
Macaroni direbus kemudian tos dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu.
Masukkan air secukupnya, sup bujut, lada hitam dan daging. Reneh daging hingga empuk.
Masukkan kiub daging, garam, carrot, celery dan bunga kobis.
Taburkan daun bawang & sup, bawang goreng dan ciliapi merah.
Sedia dihidang bersama macaroni yang telah direbus tadi.
Taburkan daun sup serta bawang goreng.
Karipap Keledek
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Karipap Keledek adalah kuih yang paling saya gemari.. makan 3 atau 4 biji sudah mengenyangkan.. berintikan keledek yang rasa manis kari.. kulitnya pun rapuh dan lembut.. memang sedap pada selera saya.. sesiapa yang ingin mencuba lihat resepi dibawah..
KARIPAP KELEDEK
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan untuk membuat inti :
1/2 kg keledek - buang kulit dan dipotong dadu
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 in halia*
20 gm ikan bilis*
20 gm udang kering* - semua bahan* dikisar
1 sudu makan pes cili kisar - jika ingin pedas
3/4 cawan rempah kari ikan
Daun sup & daun bawang secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Cara-cara :
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan pes cili kisar dan gaul hingga masak.
Masukkan keledek yang didadu dan masukkan sedikit air.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Gaul hingga keledek empuk dan masukkan daun sup dan daun bawang.
Untuk Kulit :
1/2 kg tepung gandum
80 gm butter*
1/4 cawan minyak masak* - panas dan cairkan
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
170 ml air (+ -)
Didalam sebuah bekas masukkankan tepung, garam dan gula didalam sebuah bekas.
Tuang butter dan minyak yang telah dicairkan dan uli gaul ramas hingga sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut. Biarkan dalam 15 atau 20 minit baru gelek diatas papan pencanai.
Buat doh untuk menjadikan karipap.
Tuesday, October 16, 2012
Jemput-jemput Pisang
JEMPUT-JEMPUT PISANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 cawan pisang lecek
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 1/4 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh soda bikarbonat* - bahan* disatukan
Cara-cara :
Pisang lecek disatukan bersama gula. Gaul hingga gula hancur.
Masukkan tepung, soda bikarbonat dan garam.
Gaul semua hingga sebati.
Biarkan adunan dalam 15 - 20 minit baru digoreng.
Panaskan minyak dan jemput-jemputkan dengan menggunakan jari dan masak hingga kekuningan. Angkat.
Sedia dihidang
Saturday, October 13, 2012
Tauhu Lembut Berkuah Sos Tiram
TAUHU LEMBUT BERKUAH SOS TIRAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
4 keping tauhu lembut
200 gm isi ayam - dicincang
100 gm carrot - didpotong dadu
100 gm celery - dihiris
100 gm bunga jagung - dihiris
1 pokok daun ketumbar - dihiris
2 sudu besar jus limau
1 biji bawang besar - dicincang
4 biji bawang putih - dicincang
1 in halia muda - dihiris halus
6 biji cili api merah diketuk
1 kiub pati ayam
3 sudu besar sos tiram
1 cawan air
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
Garam dan sedikit gula
Cara-cara
Tauhu digoreng sebentar hingga kekuningan. Tos dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu.
Masukkan sos tiram, kiub pati ayam dan air. Perasakan garam dan sedikit gula.
Masukkan ayam, carrot, celery, bunga jagung dan ciliapi..
Masukkan bancuhan tepung jagung dan jus limau..
Masukkan daun ketumbar dan tuang keatas tauhu.
Sedia dihidang.
Nasi Lemak & Sambal Tumis Udang
Assalamualaikum semua..
Nasi lemak & Sambal Tumis Udang.. sarapan untuk pagi ini.. sudah lama juga saya tidak menyediakan sarapan nasi lemak.. hari ini memandangkan banyak tugasan didalam rumah saya masak nasi lemak kira boleh tahan untuk sampai makan untuk tengahari ni.. anak2 pun tak kisah apa yang ada je untuk tghari nanti.. Jom lihat resepi saya disini..
NASI LEMAK & SAMBAL TUMIS UDANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahanutk nasi :
3 cawan beras Basmathi
4 1/2 cawan santan
1 biji bawang besar - dihiris
1 in halia - dihiris
1 btg serai - diketuk
2 helai daun pandan
Garam dan sedikit gula
2 sudu besar minyak
Beras dicuci dan toskan. Masukkan kedalam periuk elektrik.
Semua bahan disatukan kedalam beras masak masak hingga tanak.
SAMBAL TUMIS UDANG
Bahan-bahan :
400 gm udang
2 biji bawang besar dihiris halus
1 in belacan
2 sudu makan udang kering - ditumbuk halus
2 cawan cili kisar
1 sudu teh pes asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Tumis bawang, belacan dan udang kering hingga layu.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan pes asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga rata.
Masukkan udang.
Sedia dihidang.
Hidang bersama telur rebus, ikan bilis goreng, kacang goreng dan timun.
Thursday, October 11, 2012
Kek Pisang Coklat Urai
KEK PISANG COKLAT RICE
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
300 gm butter
280 gm brown sugar
6 biji telur
2 sudu kecil esen pisang
240 gm pisang lecek
200 gm susu segar
400 gm tepung gandum*
2 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil sodabikarbonat* - satukan semua bahan* dan ayak
120 gm coklat rice
Cara-cara ;
Panaskan oven. Lenserkan acuan 8x8 dengan sedikit butter dan alas kertas minyak.
Pukul butter dan gula hingga putih dan gebu.
Masukkan telur satu persatu hingga habis. Pukul rata.
Masukkan tepung berselang seli dengan pisang lecek dan susu segar. Kacau dengan menggunakan spatula.
Masukkan coklat rice dan kacau perlahan dan rata.
Tuang kedalam acuan dan bakar dalam 170C selama 45 - 50 minit.
Sejukkan dahulu baru dipotong.
Wednesday, October 10, 2012
Ayam Goreng Lada Hitam
Ayam Goreng Lada Hitam.. sedap dimakan begitu saja atau bersama nasi panas2.. kalau tidak gemar pedas lada hitam boleh kurangkan.. ikut citarasa masing2.. jom kita lihat resepi yang senang untuk menyediakannya..
AYAM GORENG LADA HITAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
400 gm isi ayam dipotong dadu*
1 sudu makan lada hitam tumbuk*
1 biji telur*
2 sudu makan tepung jagung*
Sedikit garam* - satukan semua bahan dan gaul rata dan perap sebentar
1 biji bawang besar Holland - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu makan kicap manis
1/2 cawan air
Sedikit garam dan gula
100 gm kacang buncis - dipotong*
1 batang carrot - dipotong panjang* - dicelur
1 sudu makan lada hitam tumbuk
Cara-cara :
Panaskan minyak. Goreng ayam yang diperap hingga kekuningan. Tos dan biarkan.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
Masukkan sos tiram, sos cili dan sos lada hitam. Kacau rata.
Masukkan air dan perasakan garam serta gula.
Masukkan ayam dan kicap, kacau rata. Tutup api.
Masukkan lada hitam tumbuk, kacang buncis dan carrot yang telah dicelur dan gaul rata.
Sedia dihidang.
Tuesday, October 09, 2012
Terung Goreng Tempura
Assalamualaikum semua..
Terung Goreng Tempura.. boleh dibuat ratah atau makan bersama nasi.. cicah bersama sos Thai.. memang sedap.. Selalunya anak2 kurang berminat dengan sayur terung tapi kali ini semuanya makan dengan cara mengoreng bersama tepung tempura.. resepi ini saya lihat rancangan di TV3 5 Rencah 5 Rasa yang dihoskan oleh Chef Sherson.. terus ingin mencuba.. mudah dan senang saja penyediaannya..
TERUNG GORENG TEMPURA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
2 batang terung panjang - dipotong
1/2 cawan tepung tempura*
1 sudu makan rempah kari*
1 sudu kecil serbuk lada hitam*
1 sudu kecil serbuk cili*
Garam secukupnya* - semua bahan disatukan
1/2 cawan air
Cara-cara :
Potong terung secara menyerong.
Panaskan minyak.
Semua bahan * disatukan kemuadian tuang air dan kacau menjadi adunan cair.
Bila minyak panas ambil terung dan salutkan dengan adunan tepung dan goreng. (Seperti mengoreng pisang)
Bila garing, angkat dan toskan minyak.
Sedia dihidang dan sedap dimakan bersama sos Thai.
Monday, October 08, 2012
Ikan Kari Thai
Assalamualaikum semua..
Ikan Kari Thai.. masakan saya hari ini.. selalu masak kari biasa hari ini tukar selera pula.. sedap pedas2 masam rasanya.. dengan perahan limau nipis, daun limau purut serta daun ketumbar membuatkan masakan ini lebih sedap dan wangi lagi.. kepedasan kari ini ikut selera masing2..
IKAN KARI THAI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
6 keping isi ikan - ikut citarasa jenis ikan
3 biji tomato dibelah
1 pokok daun ketumbar dihiris
2 camca makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
3 biji limau nipis - ambil jus
1 sudu makan sos ikan
3 cawan santan
Garam dan gula secukupnya
Bahan utk dikisar :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 in halia
1 in lengkuas
2 btg serai
1 in belacan
1 pokok daun ketumbar
2 helai daun limau purut
5 biji cili hijau
10 biji cili api hijau
Cara-cara :
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis. Kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, garam dan gula.
Masukkan ikan, tomato, daun ketumbar yg dihiris dan jus limau. Masak hingga mendidih.
Sedia dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)