Friday, August 29, 2014

Laksa Johor



Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

Selamat bersarapan untuk semua.. Laksa Johor menjadi pilihan menu hari ini.. kepada yang tidak pernah membuatnya terasa payah penyediaannya.. tapi pada saya mudah kerana kerap juga membuatnya untuk keluarga dan rakan-rakan..
Laksa ini juga berasal dar Johor tapi sekarang makanan ini sudah menjadi kebiasaan untuk dari mana2 negeri..  Kebanyak sekarang ramai yang menyediakan menu ini untuk majlis perayaan dll.. Jom lihat resepi dari saya ini..

LAKSA JOHOR
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 bungkus spaghetti - direbus empuk dan toskan
2 batang timun - buang kulit dan sagat
1 mangkuk taugeh
2 biji bawang besar - dihiris
Daun kesum
Daun selasih
Limau  kasturi
Lobak jeruk - dicincang

Bahan untuk kuah :
1 1/2 kg  tenggiri - direbus
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 in lengkuas*
2 sudu besar ketumbar*
3 sudu besar udang kering *
3 batang serai* - semua bahan* dikisar halus
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kerisik
1 cawan rempah kari
4 keping asam gelugur
Santan secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun keson
1 batang bunga kantan

Cara-cara :
Ikan direbus diambil isinya dan kisar. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari. kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, sedikit daun kesu, bunga kantan dan asam gelugur. Masak dan kacau hingga mendidih.
Masukkan kerisik, garam dan gula.
Sedia dihidang.

Hidangkan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan yang telah disediakan tadi.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...