Sunday, January 26, 2014

Tomyam Udang



TOMYAM UDANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
500 gm udang - dibersihkan
2 batang celery
200 gm bunga kobis
1 tangkai daun ketumbar
1 batang carrot
3 biji tomato
3 biji bawang besar - hiris bulat
5 biji bawang putih - diketuk
10 biji ciliapi - dititik
6 batang serai - dititik
6 keping hirisan lengkuas
5 helai daun limau purut
3 biji limau nipis - ambil jus
3 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil sos ikan
5 cawan air
Sedikit garam dan gula

Cara-cara :
Masukkan air kedalam periuk. Masukkan bawang, serai, lengkuas, pes tomyam, cili kisar dan masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan semua sayuran dan udang.
Perahkan jus limau dan masukkan daun limau purut. Kacau mendidih.
Masukkan daun ketumbar.
Sedia dihidang.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...