Friday, January 31, 2014

Kari Ikan Merah



KARI IKAN MERAH
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan : (7 orang)
1 ekor ikan merah - dibersihkan dan dipotong
10 batang bendi
2 batang terung
3 biji tomato
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 biji bawang besar - dijiris
6 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 1/2 in halia - dihiris
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan manis
2 pelepah daun kari
1/2 cawan cili kisar
1 cawan serbuk kari
1 cawan air
6 cawan santan
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Ikan dibersihkan dan toskan.
Tumis semua bahan yang dihiris hingga wangi. Masukkan daun kari, halba dan jintan manis. kacau rata.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Tuangkan sedikit air. Kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan dan garam kacau mendidih. Masukkan ikan dan terung. Kemudian masukkan bendi, tomato dan cili potong.
Perasakan garam secukupnya.
Biar mendidih dan tutup api.
Sedia dihidang.



2 comments:

  1. Masha Allah.... cantiknya kari ikan!!!!

    ReplyDelete
  2. Mabelesnyaaa.... terguda dibuatnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...