Saturday, January 25, 2014

Ketam Masak Lemak Ciliapi Nenas



KETAM MASAK LEMAK CILIAPI NENAS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
7 ekor ketam - dipotong dua
1/2 biji nenas - dibelah
1 helai daun kunyit
2 batang serai - dititik
2 cawan pati santan
2 1/2 cawan air
Garam dan gula - secukupnya
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
20 biji ciliapi merah*
1 1/2 in kunyit* - semua bahan*dikisar

Cara-cara :
Ketam dibersihkan dan tos. Ketepikan.
Masukkan santan, serai dan bahan yang dikisar didalam periuk.
Masakkan santan sambil kacau hingga mendidih.
Masukkan ketam dan nenas. Kacau hingga ketam masak.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun kunyit.
Sedia dihidang.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...