Wednesday, November 13, 2013

Tauhu Kukus Ayam Sos Tiram



TAUHU KUKUS AYAM SOS TIRAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 keping tauhu
1/2 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
200 gm isi ayam - cincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil tepung jagung*
1/2 cawan air* - digaul bersama
3 biji cili api - hiris halus
Sedikit daun ketumbar - dihiris
Sedikit carrot - disagat
Sedikit garam

Cara-cara :
Panaskan pengukus dan kukus tauhu selama 5-7 minit. Angkat dan toskan airnya.
Letakkan di atas pinggan.
Tumis bawang dan cili sehingga layu.masukkan isi ayam dan kacau hingga masak.
Masukkan sos tiram, kicap manis dan air tepung jagung. Kacau rata.
Masukkan garam secukupnya.
Tuang sos ke atas tauhu yang telah dikukus.
Taburkan daun ketumbar, ciliapi hiris dan carrot sagat.
Sedia dihidang.



1 comment:

  1. salam..

    memang sedap makan tauhu ni..hidangan sihat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...