Thursday, June 27, 2013

Spaghetti Goreng Sosej



SPAGHETTI GORENG SOSEJ
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
250 gm spaghetti
200 gm daging cincang
1/2 biji capsicum merah - dihiris
1/2 biji capsicum hijau - dihiris
10 batang sosej - dipotong
1 pokok daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
2 biji bawang merah - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 kuib pati daging
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Spaghetti direbus dalam 10 - 15 min. Masukkan sedikit butter. Tos dan ketepikan.
Tumis bawang besar dan bawang putih.
Masukkan cili kisar, kiub daging dan sos cili/ tomato.
Masukkan daging cincang dan sosej. Kacau rata.
Masukkan spaghetti dan capsicum sambil dikacau hingga rata.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng.
Sedia dihidang.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...