Sunday, April 13, 2014

Ikan Kari Hijau Thai



IKAN KARI HIJAU THAI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
7 keping ikan tenggiri
10 biji belimbing buluh
3 tangkai daun selasih
2 pokok daun ketumbar
2 keping daun limau purut
1 biji limau nipis - ambil jus
2 batang serai  - dititik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil jus asam jawa ADABI
4 cawan santan
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:
6 biji bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 in lengkuas*
10 biji cili api hijau*
3 biji cili hijau*
1 pokok daun ketumbar* - semua bahan* dikisar

Cara-cara :
Ikan dibersihkan.
Tumis serai dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis.
Masukkan santan dan kacau mendidih.
Masukkan ikan, daun ketumbar, selasih, belimbing buluh dan daun limau purut.
Perasakn garam dan gula secukupnya.
Masukkan sos ikan dan kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...