Sunday, March 09, 2014

Mee Rebus Johor




MEE REBUS JOHOR
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan : 
400 gm daging - direbus
400 gm keledek kuning - kupas kulit dan direbus
3 batang serai - dititik
1 keping asam gelugur
3/4 cawan cili kisar
3/4 cawan rempah kari
2 sudu makan serbuk ketumbar
Air secukupnya - ikut kepekatan
Mee kuning - dicelur
Taugeh - dicelur
Sawi - dicelur
Tauhu - digoreng
Bawang goreng
Limau kasturi
Daun bawang & daun sup
Cili merah & cili hijau - dihiris
Garam dan gula secukupnya


Bahan untuk dikisar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 in halia
1 in lengkuas
1/2 cawan udang kering
4 biji buah keras

Cara-cara :
Daging direbus kemudian dihiris. Biarkan.
Kisar keledek bersama sedikit air.
Tumis bahan yang dikisar dan serai hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari. Tuangkan sedikit air dan masak hingga naik minyak.
Masukkan keledek dan air rebusan daging. 
Masukkan asam gelugur.
Perasakan kuah dengan garam dan gula secukupnya.
Jika pekat boleh masukkan air lagi.
Kacau mendidih.
Sedia dihidang.
Sediakan mee dan bahan-bahan yang lain serta daging hiris kemudian tuang kuahnya.




2 comments:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar... dah 2 hari saya berangan nak buat mee rebus tapi asyik tak jadi... nampak mee rebus di sini, singgah nak jamu mata kejap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...