Thursday, December 20, 2012

Meehoon Goreng Putih



Assalamualaikum..

Meehoon Goreng Putih.. menu tengahari bersama dua anak dara saya.. masakan ringkas memandangkan tengahari ini tinggal bertiga sahaja.. lagipun mereka tidak cerewet apa yang dimasak itulah diaorang makan.. Jom lihat resepi yang ringkas dan mudah ni..

MEEHOON GORENG PUTIH
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1/2 bungkus meehoon - direndam
15 ekor udang sederhana besar
1 bungkus fishball
1 cawan taugeh
Daun kucai secukupnya
1/2 batang carrot - disagat
1 biji bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih*
1 sudu kecil biji lada hitam*
1 sudu besar udang kering* - semua bahan*ditumbuk halus
2 sudu makan sos tiram
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur - dikacau
Garam secukupnya
Bawang goreng untuk tabur

Cara-cara :
Meehoon yang direndam dan toskan.
Tumis bawang besar dan semua bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Tuang sos tiram, udang dan fishball. Kacau rata.
Masukkan telur yang telah dikacau dan kacau hingga rata dan telur hancur.
Masukkan meehoon dan sedikit air. Kacau hingga meehon lembut.
Masukkan taugeh, carrot dan daun kucai. Kacau hingga semua rata.
Perasakan garam secukupnya.
Tabur sedikit bawang goreng dan hidang.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...