Saturday, December 03, 2011

Talam Kacang Merah


Bahan-bahan utk lapisan bawah:
1 cawan kacang merah - direbus empuk dan kering
3 1/2 cawan santan
1 1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
Sedkit garam
Sedikit pewarna merah

Panaskan pengukus dan letakan loyang 9x9'' yang beralas pastik.
Ambil 1/2 dari santan diatas untuk dikisar bersama kacang merah yang telah direbus.
Satukan semua bahan yang lain bersama santan dan tapis.
Kemudian satukan bersama kacang merah yang dikisar dan masakkan hingga naik wap.
Tuang keatas loyang dan tutup.Kukus dalam 10 minit.

Bahan-bahan untuk lapisan atas:
3 cawan santan
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1/4 cawan gula
Sedikit garam

Satukan semua bahan dan tapis
Masakkan diatas dapur hingga keluar wap.
Garis2kan dgn menggunakan garfu dilapisan bawah sebelum tuang adunan atas.
Kukus hingga 20 atau 25 minit
Sejukkan dahulu baru dipotong.

3 comments:

  1. sedapnya..kuih kegemaranku..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap. Teringin sangat nak cuba resepi ini tapi takut tak jadi. Walaupun ikut resepi, tapi bergantung kepada `tangan' yang membuatnya. Kadang-kadang orang buat jadi elok, tapi bile kita buat tak jadi elok. Maklumlah sekali sekala sahaja membuatnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...