Monday, December 26, 2011

Donut Keledek


Donut Keledek... sedap, lembut dan gebu.. kuih yang digemari anak-anak tidak kira donut perasa apa pun.. donat keledek ini cara pembuatannya lebihkurang sama dengan donut kentang..

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
150 gm keledek yang direbus dan dilenyek halus
11 gm yeast*
2 sudu besar air* - Bahan*disatukan dan gaul sebati
80 gm butter
1 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 cawan air sejuk (+ -)

Cara-cara:
Satukan tepung bersama keledek, gula, susu tepung, telur dan garam. Uli.
Masukkan yeast dan butter dan uli sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi kental dan licin.
Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda.
Ambil doh dan uli dan tumbuk2kan supaya angin didalam doh keluar.
Bulat2kan doh seberat 40gm atau gunakan acuan donut.
Rehatkan sebentar.
Goreng diatas api sederhana hingga kekuningan dan masak.
Salutkan gula dan dihidang.

2 comments:

  1. tak pernah makan lahhh.. sedap yee..nak sikit..

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan rumah..ada org kat uma k?
    Rahel dtg nak ambik donut keledek..leh wat minum teh o nanti..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...