Saturday, September 10, 2011

Kek Buah Kukus


Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu.. hari ini ramai sungguh orang membuat jamuan rumah terbuka.. tentu sibuk kan.. tidak lupa ada majlis perkahwinan.. waktu ini lah peluang untuk bertemu saudara mara dan sahabat handai.. bukan itu saja banyak menu makanan yang sedap2 dijamukan utk tetamu yang datang.. seronok tengok..


Hari ini saya ingin berkongsi resepi kek kukus buah.. resepi ini sudah lama saya simpan tapi semalam baru tiba rajin membuatnya.. sedap dan tidak terlalu manis.. lembab setelah semalamam saya menyimpannya..
lagipun ada petua untuk kek kukus buah ini lebih lembab balut dgn plastik dan menyimpannya 2 atau 3 hari baru dipotong.. resepinya sgt simple jer.. saya membuat 1/2 dari adunan yg diberikannya..

Bahan-bahan: (Utk 2 loyang 7x7 in)
450 gm butter
1 3/4 cawan brown sugar
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh coklat emulco
600 gm tepung gandum*
2 sudu teh soda bicarbonat*
2 sudu teh cream of tartar*
400 gm sultana*
Sedikit serbuk buah pala* ( Satukan semua dan gaul rata)
Kertas alas kuih
Aluminium foil utk menutup aduanan kek bila dikukus

Untuk gula hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-cara:
Panaskan air dikukusan terlebih dahulu.
Ambil dalam 3 sudu makan tepung gandum digaul bersama sultan bagi mengelakkan buah sultana tidak mendak kebawah bila dikukus.
Tepung, soda dan cream of tartar disatukan.
Putar butter, gula dan esen vanilla hingga rata. masukkan telur satu persatu hingga habis. Putar rata.
Dengan menggunakan senduk kayu masukkan adunan tepung dan buah sultana gaul perlahan hingga rata.
Masak gula hingga keperang dgn menggunakan api perlahan. Bila sudah larut dan mendidih masukkan air sedikit2 dan kacau hingga gula larut.
Masukkan kedalam adunan kek dan kacau hingga gula hangus sebati bersama adunan kek. Kacau perlahan2.
Masukkan kedalam 2 loyang 7x7 in. Tutup adunan dgn aluminium foil supaya air tidak masuk kedalam adunan semasa dikukus.
Kukus selama 4 jam. Saya mengukusnya selama 3 jam sahaja.

3 comments:

  1. dulu 2 rajin tolong my mommy buat kuih ni. la ni pakat beli jek.

    ReplyDelete
  2. Yan.. ikutkan saya malas tapi bila beraya dirumah2 teman2 ramai yg menyediakan kek buah ini.. tu teruja sikit nak membuatnya.. nasib baik masa ni tgh rajin.. hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Lina...nampak kek buah tu...teringin pulak nk mambuatnya....nanti free nk juga cuba resepi Lina ni..thanks for sharing ya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...