Wednesday, September 14, 2011

Rendang Tok




Assalamualaikum..

Rendang Tok... sedap dimakan bersama lemang dan ketupat.. kalau di Perak ianya menjadi makanan utama pada hariraya.. resepi ini diambil dari resepi koleksi saya.. ianya juga sedap dimakan bersama nasi panas2.. lagi lama rendang ini, lagi sedap rasanya kalau dipanaskan sehingga kering..

Bahan-bahan:
1 kg daging dipotong
8 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 in kunyit*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
3 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih*
1 sudu makan biji lada hitam* ( Semua bahan*dikisar halus)
Rempah tumis
2 sudu besar cili kisar
Daun kunyit
Daun limau purut
Santan secukupnya
2 sudu besar kerisik
Gula merah
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Tumis bahan2 yang dikisar, cili kisar dan rempah tumis hingga wangi. Masukkan daging dan sedikit air.
Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk.
Masukkan santan, kerisik, gula merah, garam dan sedikit gula pasir. Kacau rata.
Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
Sentiasa kacau hingga nampak pekat dan sedikit kering.
Sedia dihidang.


5 comments:

  1. hubby selalu tanya cam ne nak wat rendang tok..rasa2nya leh lah cuba nanti.INSYALLAH

    ReplyDelete
  2. pernah ida buat sekali....he..he tahun lepas, ida sula sgt ngan rendang tok ni..itam2 tapi best!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak...
    wah sedapnya tgk... suka makan rendang tok.. tp x perna buat sndiri.. perna makan jer... mmg sedap

    ReplyDelete
  4. assalam..sy ada menjual dan mengambil tempahan rendang tok asli dr perakkk..warisan turun temurun moyang sy..jika berminat bole hubungi sy, ein di 012 2420 343..tq

    ReplyDelete
  5. Salam, bahan2 kisar dan rempah tumis tu adalah bahan yg sama atau berlainan? Jika berlainan, apakah bahan2 rempah tumis tu? Tksh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...