Thursday, September 12, 2013

Nasi Dagang Terengganu & Gulai Ikan Tongkol



NASI DAGANG TERENGGANU
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan : (8 orang)
5 cawan beras siam wangi - direndam 5-6 jam
6 biji bawang merah - dihiris
2 in halia - dihiris
2 sudu besar halba
3 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Beras yang telah direndam dibasuh bersih kemudian masukkan santan cair dan dikukus separuh masak.
Angkat dan masukkan santan pekat, bawang, halia, halba dan garam. Kacau rata.
Kukuskan sekali lagi hingga nasi masak dan lembut.
Angkat dan hidangkan.



GULAI IKAN TONGKOL
Bahan-bahan :
2 ekor ikan tongkol - dibersihkan
12 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
3 in halia*
2 in lengkuas*
2 in kunyit* - semua bahan*dikisar
2 biji bawang besar - dihiris
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 batang kulit kayu manis
1/2 cawan cili kisar
3 sudu besar kerisik
1 cawan rempah gulai - gaul dengan sedikit air
3 keping asam gelugur
5 cawan santan
Sedikit gula nipah
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Tumis bawang besar hiris dan kulit kayu manis.
Masukkan semua bahan yang dikisar dan kacau hingga wangi.
Masukkan rempah gulai dan cili kisar dan kacau.
Tuangkan santan dan kacau hingga mendidih.
Masukkan kerisik, gula nipah, garam dan sedikit gula.
Masukkan ikan dan kacau hingga ikan masak.
Sedia dihidang.


Hidangkan bersama acar timun &carrot dan telur rebus.



6 comments:

  1. salam
    wahhhh!!!npksedaplah kak Nasi Dagang Terengganu & Gulai Ikan Tongkol tu...mmg suka dgn ikan tongkol..
    ░░░░░░░░░░░░▄▄
    ░░░░░░░░░░░█░░█
    ░░░░░░░░░░░█░░█
    ░░░░░░░░░░█░░░█
    ░░░░░░░░░█░░░░█
    ███████▄▄█░░░░░██████▄
    ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
    ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
    ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
    ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
    ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█
    ▓▓▓▓▓▓█████░░░░░░░░░█
    ██████▀░░░░▀▀██████▀

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    bestnya makan nasi dagang..

    ReplyDelete
  3. aduhhh... rindunya dgn nasi dagang.. lama tak buat & lama tak makan.. kalau kat Tganu.. pagi2 boleh juga cari sarapan nasi dagang.. kat sini manalah nak jumpa.. hehe..

    ReplyDelete
  4. nampak sedap lak bulan2 puasa ni..hehe
    http://paliexprezzo.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Rempah gulai tu memang gune 1cawan ea?
    Takot sis tersilap tulis..nk try bt gune resipi sis ni..
    First time nk bt hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...