Friday, February 08, 2013

Mee Hoon Sup Bebola Daging


Menu yang simple dan sedap.. Jom cuba..

MEE HOON SUP BEBOLA DAGING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
500 gm bebola daging
Taugeh secukupnya
Daun sup & bawang
Bawang goreng
Mee hoon secukupnya - dicelur
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 sudu besar biji ketumbar* - semua bahan*dikisar halus
2 sudu makan rempah sup
1 kiub pati daging
Rempah tumis - kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang
Air secukupnya
Garam secukupnya
Sambal kicap

Cara-cara:
Tumis rempah tumis, bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah sup dan kacau rata.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan bebola daging dan masak hingga mendidih.
Perasa garam secukupnya. Masukkan sedikit daun bawang & sup serta bawang goreng.
Sedia dihidang.



1 comment:

  1. Memang sedap ni mee hoon sup bebola daging! Adeehhh.... teringin pulak nak makan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...