Tuesday, August 07, 2012

Biskut Samprit



Assalamualaikum...

Biskut Samprit.. biskut yang paling senang dan mudah saja penyediaannya.. tertarik dengan resepi biskut dahlia Mat Gebu.. saya telah menukarkannya menjadi biskut samprit.. Terimaskasih Mat Gebu kerana berkongsi resepi biskut yang sedap ini..

Biskut Samprit
Dari Dapur : Mat Gebu

Bahan-bahan:
300 gm mentega
140 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
240 gm tepung gandum*
100 gm tepung jagung*
160 gm tepung kastard* (Semua bahan*diayak)
Gula perwarna utk hiasan

Cara-cara:
Putar mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila dan putar.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
Masukkan doh kedalam acuan samprit dan tekan keatas dulang. Buat sehingga habis.
Taburkan gula pewarna untuk hiasan.
Bakar didalam oven 170C dalam 15-20 minit.


3 comments:

  1. Salam kenal n first time singgah sini.
    saya pun dah buat biskut samprit,kuih yang wajib ada setiap tahun.

    ReplyDelete
  2. canteknya biskut samprit...

    ReplyDelete
  3. Salam kenal Zalinah..... Cantik kuih samprit. Saya pun suka buat kuih samprit cenggini, mudah dan cepat untuk disiapkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...