Wednesday, January 11, 2012

Ayam Masak Kurma


Ayam Masak Kurma.. menu tengahari..

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dibelah 14
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
4biji cili hijau*
5 biji buah keras* ( Semua bahan*dikisar)
Rempah tumis (Kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga & bunga lawang)
4 sudu besar rempah kurma - bancuh dgn sedikit air
2 btg serai dititik
2 biji bawang besar dihiris
4 biji kentang dibelah 4
3 biji tomato dibelah
2 biji cili hijau dibelah
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dikisar, bawang besar dihiris, serai dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan rempah kurma dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan ayam dan kacau hingga sebati.
Tuangkan santan dan kentang. Masak hingga kentang lembut.
Masukkan bawang goreng, kerisik, tomato dan cili hijau. kacau hingga rata.
Sedia dihidang.


4 comments:

  1. Masak ayam jg hari ni, tapi ayam masak kicap pedas..:)

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak masak ayam kurma,bertahun lamanya.

    ReplyDelete
  3. Tetiba teringin lak nak makan kurma ayam...memang lama betul tak masak kurma...

    ReplyDelete
  4. Lauk ayam kegemaran saya ni.. Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...