Monday, July 15, 2013

Bingka Roti Berjagung



BINGKA ROTI BERJAGUNG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan :
300 gm roti putih - potong dadu
3 biji telur
150 gm gula castor
100 gm mentega - dicairkan
200 gm tepung gandum
1 liter santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
200 gm jagung krim dalam tin

Cara-cara :
Kacau gula, telur dan esen vanila dan hingga larut. Masukkan mentega cair, tepung dan garam.
Tuang santan dan kacau semua hingga sebati.
Masukkan roti yang dipotong dadu dan biar terendam dalam 15-20 minit.
Masukkan jagung krim dan kacau rata.
Masukkan kedalam loyang 9x9x3 yang disapu dengan mentega.
Bakar dalam 180C selama 1 jam hingga masak.
Sejukkan dahulu sebelum dipotong.



1 comment:

  1. sedapnya..nk ckit la buat berbuka posa...hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...