Wednesday, August 29, 2012

Kek Kukus Buah-Buahan



Assalamualaikum semua..

Hari ini saya nak berkongsi resepi Kek Kukus Buah.. yang diambil dari dapur CMG.. yang begitu sedap sekali.. tidak terlalu manis dan lembap.. hendak lebih sedap lagi bungkus dengan aluminium foil dan simpan sehingga 4 atau 5 hari baru dimakan kerana lebih lembap lagi.. kira pertama kali mencubanya dari resepi ini terus menjadi.. Terimakasih CMG kerana berkongsi resepi kek kukus yang sedap ini..

Kek Kukus Buah
Dari Dapur : CMG

Bahan-bahan:
375 gm buah-buahan campuran
250 gm mentega (Golden Churn)
300 gm tepung*
1 camteh soda bikarbonat*
1 camteh cream of tartar* (Satukan dan ayak)
3 biji telur gred A
150 gm brown sugar
150 gm gula pasir - untukgula hangus
1/4 cawan badam keping
1 biji buah pala diparut

Cara-cara:
Didihkan air dalam kukusan. Alas acuan dlm 8x8 dengan kertas minyak dan sapukan sedikit mentega dikeliling acuan.
Tepung digaul bersama buah-buahan kering dan badam supaya apabila klukus ianya tidak mendap kebawah.
Putar mentega bersama gula perang hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu jarakwaktu untuk putar telur dalam 1 min hingga gebu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga rata. Biarkan sebentar.
Masak gula pasir dengan api perlahan hingga menjadi keperangan atau coklat keemasan.
Tuang gula hangus kedalam adunan tepung dan kacau hingga rata. Berhati-hati supaya tangan tidak terkena gual hangus.
Tuang pula kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil kemas supaya tidak dimasuki wap air.
Kukus hingga 4 jam.
Sejukkan dahulu baru dipotong.



Tuesday, August 07, 2012

Biskut Samprit



Assalamualaikum...

Biskut Samprit.. biskut yang paling senang dan mudah saja penyediaannya.. tertarik dengan resepi biskut dahlia Mat Gebu.. saya telah menukarkannya menjadi biskut samprit.. Terimaskasih Mat Gebu kerana berkongsi resepi biskut yang sedap ini..

Biskut Samprit
Dari Dapur : Mat Gebu

Bahan-bahan:
300 gm mentega
140 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
240 gm tepung gandum*
100 gm tepung jagung*
160 gm tepung kastard* (Semua bahan*diayak)
Gula perwarna utk hiasan

Cara-cara:
Putar mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila dan putar.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
Masukkan doh kedalam acuan samprit dan tekan keatas dulang. Buat sehingga habis.
Taburkan gula pewarna untuk hiasan.
Bakar didalam oven 170C dalam 15-20 minit.


Monday, July 30, 2012

Capati & Sambal Mackerel


Assalamualaikum..

Capati & Sambal Mackerel.. iftar tadi.. bertukar selera nak makan capati.. selalunya orang makan bersama kari atau kuah dhal tapi sambal mackerel menjadi pilihan saya.. memang sedap.. boleh cuba resepi disini..

Capati
Bahan-bahan:
500 gm tepung attar
2 sudu besar butter
Sedikit garam
290 - 300 ml air suam

Satukan tepung, butter dan garam. Gaul sebati.
Masukkan air suam sedikit demi sedikit hingga aduan menjadi doh yang lembut.
Perap selama 1/2 jam.
Bulat2kan adunan dalam anggaran 60gm sampai habis.
Panaskan kuali.
Canai doh menjadi nipis dan bulat.
Masukkan diatas kuali dan balik2kan dan tekan. Bila ia mengelembung tandanya sudah masak.
Sedia dihidang.

Sambal Mackerel
Bahan-bahan :
1 tin Mackerel
2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 in halia dihiris
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur
1 tin kacang peas ditapis
Garam & gula secukupnya

Tumis semua bahan yang dihirs hingga layu.
Masukkan cilikisar dan asam gelugur kacau hingga naik minyak.
Masukkan mackerel, kacang peas, garam dan gula. Kacau hingga sebati dan mendidih.
Sedia dihidang.



Sunday, July 29, 2012

Kuih Buah Melaka



Assalamualaikum semua..
Menu makanan untuk berbuka sudah siap? Tentu masing2 sekarang sibuk didapur kan.. hari minggu semua ada dirumah tentu banyak menu yang disediakan untuk dinikmati bersama keluarga..
Hari ini juadah manisan saya kuih buah melaka.. kuih lama yang diminati sejak dulu lagi.. penyediaannya pun senang dan cepat dimakan..

Kuih Buah Melaka
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1 cawan air daun pandan - 4/5 helai daun pandan dikisar bersama air
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau pandan
Gula melaka secukupnya
2 cawan kelapa parut putih dicampur sedikit garam

Cara-cara:
Masak air didalam periuk.
Dalam sebuah bekas satukan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam. Masukkan sedikit demi sedikit air pandan dan pewarna hijau sehingga menjadi doh lembut.
Bulat2kan seperti biji guli dan isikan sesudu kecil gula melaka,
Masukkan kedalam air yang sedang mendidih. Apabila buah melaka timbul menandakan telah masak.
Gaulkan kedalam kelapa dan buat sehingga habis.
Sedia dihidang.



Daging Goreng Sos Lada Hitam



Daging Goreng Sos Lada Hitam.. Lauk untuk bersahur.. sedap dimakan bersama nasi putih panas atau diratah begitu saja.. Jom tengok resepi yang mudah dari saya ni..

Daging Goreng Sos Lada Hitam
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
500 gm daging direbus
1 biji bawang besar dihiris bulat
5 ulas bawang putih dicincang
1  in halia muda dihiris halus
1 sudu makan lada hitam tumbuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
3 sudu besar sos lada hitam
3 sudu makan kicap manis
1/2 biji capsicum merah dihiris
1/2 biji capsicum hijau dihiris
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Daging yang telah direbus empuk dihiris nipis. Ketepikan.
Tumis bawang putih dan halia. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
Masukkan sos tiram, sos cili dan sos lada hitam. gaul rata.
Masukkan daging dan kicap. Gaul hingga rata. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan bawang besar hiris,capsicum merah dan hijau, Gaul dan tutup api.
Sedia dihidang.

Mee Goreng



Mee Goreng.. menu yang paling mudah untuk iftar hari ini.. selain mee saya juga membeli sedikit kuih-muih dan buah-buahan.. nampak macam tidak mengenyangkan tapi sudah mencukupi untuk saya sekeluarga..

Mee Goreng
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning dicuci dan toskan
1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih diketuk
200 gm isi ayam dihiris nipis
1 bungkus bebola ikan dihiris
1 sudu makan udang kering ditumbuk
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
Kicap manis secukupnya
Taugeh
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih, udang kering dan cili kisar hingga wangi.
Masukkan semua sos, isi ayam dan bebola ikan. Gaul rata.
Masukkan mee sambil kacau dan tuang kicap secukupnya.
Masukkan taugeh, daun sup dan sedikit bawang goreng dan gaul rata.
Sedia dihidang.


Tuesday, July 24, 2012

Udang Kelio Berpetai



Assalamualaikum..

Selamat berpuasa.. semoga hari ini diberi kekuatan dan kesihatan yang baik lagi untuk menjalankan ibadah puasa.. cuaca diluar mendung dan terasa dingin saja.. tentu ramai ibu2 yang sedang mencari idea untuk berbuka petang ini..
Semalam saya menyediakan lauk udang kelio berpetai untuk menu berbuka.. ianya adalah kesukaan kami sekeluarga.. dengan adanya petai membuatkan lagi berselera dan bertambah nasi.. mana yang tak tau nak masak apa jom tengok resepi ini.. bolehlah mencubanya..

Udang Kelio Berpetai
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
500 gm udang
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 in kunyit*
1 in lengkuas*
10 biji cili api*
3 batang serai* ( Semua bahan*dikisar )
1/2 cawan cili kisar
1 1/2 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit dihiris halus
1 helai daun limau purut dihiris halus
5 papan petai 
Garam & Gula secukupnya

Cara-cara:.
Udang dibersihkan dan ketepikan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga naik minyak, Masukkan cili kisar dan kacau hingga garing.
Masukkan santan pekat dan kacau hingga rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang, petai dan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata sehingga udang masak.
Sedia dihidang.



Monday, July 23, 2012

Bingka Durian


Assalamualaikum..
Hari ini kita telah 3 hari berpuasa.. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik bagi menjalankan ibadah puasa tahun ini.. walaupun cuaca tidak menentu hujan dan panas..
Untuk berbuka petang tadi saya menyediakn bingka durian untuk makan sampingan.. sedap terasa lemak durian dan harum bau durian bila dibakar.. jika ingin mencuba lihat resepi ini..

Bingka Durian
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
5  cawan santan
1 cawan isi durian
3 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 sudu makan butter dicairkan
3/4 cawan gula
Garam secukupnya
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Panaskan oven.
Tepung, gula , telur garam dan santan disatukan. kemudian dikisar dan ditapis.
Masukkan isi durian dan pewarna kuning. Kacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yang disapu butter. Loyang 9x9x3.
Bakar selama 1 jam 200C.
Bila sudah kekuningan dan masak keluarkan dan biarkan sejuk baru dipotong.
Sedia dihidang.


Friday, July 13, 2012

Sotong Goreng Cili Api


Sotong Goreng Cili Api
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
8 ekor sotong yang sederhana dipotong*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam* ( Semua bahan digaul rata)
2 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih diketuk
10 biji cili api dipotong / tumbuk halus
2 sudu besar jus asam jawa
1 sudu makan cuka
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-cara:
Sotong digoreng terlebih dahulu dengan sedikit minyak dalam seminit. Angkat dan ketepikan.
Tumis semua bahan yang dihiris daan serbuk kunyit hingga layu.
Masukkan jus asam jawa dan cuka. Perasakan gula dan garam.
Masukkan sotong dan gaul hingga rata,
Sedia untuk dihidang.

Tuesday, July 10, 2012

Ayam Sambal Daun Limau Purut




Ayam Sambal Daun Limau Purut
Resepi : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut citarasa - diperap bersama garam & kunyit
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
4 biji buah keras* ( Semua bahan dikisar halus )
6 helai daun limau purut - Ambil  sehelai dihiris halus
3/4 cawan cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar  sos cili
2 sudu besar jus limau
1/2 cawan pati santan
Sedikit air - jika perlu
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Ayam yang telah diperap digoreng separuh masak. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga naik minyak. Masukkan sedikit air.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga wangi.
Masukkan sos cili dan sos tomati dan kacau sabati.
Masukkan pati santan dan jus limau dan perasakan garam dan gula.
Masukkan ayam dan daun limau purut.
Gaul hingga kuah menyerap kedalam ayam dan sedikit pekat.
Sedia dihidang.

Nasi Serai




Assalamualaikum semua..
Nasi Serai.. aroma serai dan daun pandan membuatkan ianya bau wangi bila ditumis.. sedap dimakan dengan apa2 lauk.. saya menyediakan ayam sambal daun limau purut dan acar timun untuk dimakan bersama nasi serai ni..

Nasi Serai
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi dibersihkan dan tos
5 3/4 cawan air
1 biji bawang besar dihiris halus
4 ulas bawang putih dihiris halus
1 1/2 in halia dihiris halus
6 batang serai diketuk
3 helai daun pandan
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Sedikit minyak sapi untuk menumis

Cara-cara:
Tumis didalam periuk nasi semua bahan yang dihiris, rempah tumis, daun pandan dan serai hingga wangi.
Masukkan air dan beras dan garam.
Tanak nasi hingga masak dan kering.
Sedia dihidang.



Sunday, July 08, 2012

Marble Cake



Marble Cake
Dari Dapur : DTS ( Mat Gebu )

Bahan-bahan:
300 gm mentega yang berkualiti tinggi
280 gm tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung* ( satukan dan ayak )
5 biji telur gred A (lebihkurang 60gm sebiji)
250 gm gula castor
1 camca besar ovellate
30 gm susu sejat
20 gm air
1 camca teh esen vanilla
Perwarna - coklat emulco, merah, hijau pandan & oren

Cara-cara:
Panaskan oven. Alas acuan dengan kertas minyak dan lencerkan dengan mentega. 9x9
Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Perlahankan kelajuan hingga adunan kembang dan pekat. Gaul rata dan ketepikan.
Dalam bekas yang lain masukkan gula dan ovellate dan putar hingga sebati dan rata. Masukkan telur dengan menggunakan kelajuan yang tinggi hingga kembang dan pekat.
Masukkan adunan butter dan tepung dan putar sebati.
Masukkan esen vanilla, susu sejat dan air, kacau rata.
Bahagi adunan kepada 4 bahagian sama banyak dan tuangkan warna.
Tuangkan setiap satu aduanan berselang seli kedalam acuan hingga habis.
Bakar dalam 50 - 55 min hingga kekuningan.
Sejukkan dahulu baru dipotong.


Roti Jala



Roti Jala
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu makan minyak
3 1/2 cawan air
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Satukan semua bahan kemudian kisar supaya lebih halus adunan. Tapiskan adunan.
Panaskan kuali yang tidak melekat dan sapu sedikit minyak.
Masukkan adunan kedalam acuan jala.
Buat sampai habis.
Sedia dihidang bersama kari ayam atau daging.





Saturday, July 07, 2012

Kari Daging



Kari Daging
Dari Dapur: Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 kg daging dipotong kecil
4 biji kentang dipotong
5 biji wang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
2 sudu makan biji ketumbar*
1 sudu makan  jintan manis* ( Semua bahan* dikisar halus )
3 sudu besar rempah kari daging - bancuh dgn sedikit air
1 sudu makan cili kisar
2 keping asam gelugur
Rempah tumis
Santan pekat secukupnya
Santan cair secukupnya
Garam dan sedikit gula

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari kacau hingga naik minyak
Masukkan daging, asam gelugur dan sedikit santan cair. Tutup periuk dan masak hingga daging empuk
Masukkan santan pekat, kentang, garam dan sedikit gula. Kacau hingga kentang empuk.
Sedia dihidang.

Bendi Goreng Bercili



Bendi Goreng Bercili
Dari dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
250 gm bendi dipotong serong
1 biji bawang besar dicincang
2 biji cili merah* - jika nak pedas tambah cili api merah
4 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering* ( Semua bahan*ditumbuk lumat)
Sedikit sos ikan
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis bawang dan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Masukkan bendi, garam dan sos ikan. Kacau rata.
Angkat dan sedia dihidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...